Bila Haziq Selalu Menangis Tengah Malam

Kebelakangan ni makin kerap baby Haziq berjaga malam. Paling teruk, jam 2 pagi dia bangun dari tidur.. menangis minta susu, lepas tu tak tidur langsung dah sampai lepas subuh.

Berpinar mata daddy dan ibu bergilir-gilir dodoikan dia. Dukung atas bahu tak kena, baringkan tak kena, tiarapkan pun tak kena.. letak dalam baby rocker pun tak kena.

Bila kena macam ni.. Adeh, mati kutu weh. Tiba-tiba emosi pun boleh jadi tak stabil. Hahaha.

Ada orang suruh baca ayat Kursi, surah Al-Fatihah, An-Nas, Al-Falaq (3x bagi setiap surah) kemudian tiupkan di ubun-ubun anak,  kitorang dah buat. Lapkan muka dia dengan air zam-zam, pun dah buat. Pernah juga decision ibu yang paling drastik.. bilamana dia mandikan Haziq jam 5 pagi. Sebab takut Haziq panas badan (lepas mandi dia boleh tidur, tapi sekejap je. Deng!).

Fuh..

Kalau ikutkan pengalaman jaga dia dengan Khair, Boleh kata jaga Khair lagi senang nak diuruskan. Sebabnya, kalau dulu masa Khair kecil, kalau dia nangis pun.. daddy cuma perlu bawa duduk atas kerusi malas je. Dodoikan sambil bacakan mana-mana surah-surah yang patut, dia boleh lena.

Tapi.. Haziq?

No.. no.. no. Jangan harap dia akan lena dengan mudah. Cuma, kalau siang hari, senang dia tidur. Terbalik, macam burung hantu dah. Hahaha.

Gambar siang masa Haziq tengah tidur lena. Abang yang penyayang.

By the way, selain surah-surah diatas yang aku amalkan.. ada satu lagi ayat daripada Yasin yang aku cuba amalkan untuk Haziq.

Ayat pelindung, dengan harapan ia dapat menutupi penglihatan Haziq daripada terlihat benda yang bukan-bukan. Yelah, anak-anak kecil ni diorang kan boleh nampak apa yang kita tak nampak.

Ayat ke-9 surah Yassin dibaca sebanyak 7x dan ditiup pada tapak tangan kanan kemudian disapu pada mata baby.

Harap-harap makin kurang lah dia menangis malam kan. Kalau tak, jenuh daddy nak pergi kerja keesokan harinya. Mata akan bertukar jadi mata panda. Keh keh keh.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • One Comment

    Leave a Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Cara Aktifkan SSL Percuma

    Follower Tegar Blog Hafiz Rahim