Early Feb punya cerita, baru tergerak hati nak share. Hohoho. Ngam-ngam berlaku masa baru nak start cuti sekolah. Menyebabkan aku pada masa tu jadi rasa-was-was nak bawa family bercuti sebab risaukan benda ni jadi melarat.
Alkisahnya, Haziq tak sihat. 2 sakit datang serentak. Yang pertama batuk semput dia yang lama tak hilang-hilang, yang kedua ada gatal-gatal naik kat kepala.
Macam biasa, kalau sakit tak surut-surut ni.. jawapannya aku rujuk Haziq ke KPJ Kajang je. Dan nak dijadikan cerita, 2hb Feb (Sabtu) lepas buat x-ray bagai.. batuk semput yang lama tak hilang-hilang tu rupa-rupanya pneumonia. Tak teruk, tapi ada la sikit radang tu dalam paru-paru dia.
No wonder dia batuk tak hilang. Bagi inhaler pun, reda dalam beberapa minit lepas tu sambung batuk balik. Haih.. kurang ajar punya Pneumonia. Disebabkan adanya sakit ni, Haziq kena ambik antibiotik. Cefixime namanya.
Kes kedua pulak, selang beberapa hari lepas Haziq disahkan kena Pneumonia.. 4hb Feb (Isnin) pergi lagi sekali ke KPJ Kajang sebabkan luka-luka gatal kat kepala dia makin merebak. Mula-mula pergi klinik biasa ingatkan gatal sebab eczema. Tapi doktor klinik syak Impetigo (kudis api), so dia minta doktor klinik buat surat untuk rujuk ke KPJ Kajang.
Actually kalau ikut rekod, Haziq dah pernah kena dah pun kudis api ni awal tahun lepas. Tahun ni.. kena lagi. Dan ianya disahkan oleh paediatrician di KPJ Kajang, cumanya Impetigo yang kena kat Haziq ni tak teruk.
Dan untuk menyembuhkannya cukup maintain makan antibiotik yang dia dah sedia makan sebab sakit Pneumonia hari tu.. tambah dengan krim antibiotik dan ubat tahan gatal je. Hohoho.
Nota: Disebabkan Haziq dah makan ubat-ubat yang doktor bagi, kitorang proceed untuk teruskan percutian. And guess what.. long story cut short.. Balik daripada cuti. Dah elok dah batuk dan gatal Haziq. Dalam hati, Haziq sakit mungkin sebab nak berjalan agaknya kot. Hahaha.