in ,

Bila Hati Mula Berkenan Pada Honda City


Serius, pengalaman selama 2 hari mengikuti team Honda ke Juru Auto-City tempoh hari sememangnya mengubah persepsi aku yang sedikit hambar terhadap kereta keluaran terbaru Honda iaitu Honda City.

Honda Family Roadtrip

Peluang aku bersama 8 orang rakan blogger memandu kereta tersebut daripada Damansara ke Pulau Pinang, kemudian keesokan harinya pulang semula ke Kuala Lumpur membuka mata aku akan betapa banyaknya features baru yang menarik didalam kereta tersebut.

City Bloggers Drive ke Juru Auto-City

Tatkala menerima jemputan daripada pihak Honda beberapa minggu lepas, tidak aku sangkakan sama sekali apabila aku sekali lagi berpeluang untuk bekerjasama dengan pihak Honda dalam menjayakan kempen terbaru mereka.

Honda the power of dreams

Jika dulunya aku diberi kesempatan membawa pulang Honda Jazz untuk dipandu uji selama 2 hari berturut-turut, tetapi bagi kempen tahun ini aku dijemput untuk turut serta dalam tour mereka ke karnival Honda Family Roadtrip yang telah berlangsung di Juru Auto-City, Pulau Pinang.

Honda Family Roadtrip 2015_Juru Auto-City

Untuk makluman, Honda Family Roadtrip merupakan satu karnival anjuran Honda yang bertujuan untuk mengumpul peminat-peminat Honda serta penduduk setempat bagi memperkenalkan lagi jenama ini.

Dengan pemilihan sebanyak 13 lokasi diseluruh Malaysia, karnival ini dijadualkan akan berlangsung dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Schedule-Honda-Family-Road-Trip-Malaysia

Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan dikarnival tersebut, termasuklah pameran model-model terbaru kereta Honda, sesi pandu uji, promosi alat-alat ganti, permainan kanak-kanak serta booth-booth jualan dan juga konsert-konsert artis yang bermula dari jam 8.00 malam.

Honda Malaysia Racing Team

Honda Family Roadtrip carnival

Honda Family Roadtrip 2015

Oh ya, bercakap tentang aktiviti pandu uji ketika berada di karnival tersebut.. Tidak terkecuali untuk aku ceritakan tentang hari bertuah aku apabila sekali lagi aku terpilih untuk menjalani sesi pandu uji Honda HR-V pula dan ditemani oleh seorang penyanyi muda berbakat besar, iaitu Neeta dari band IamNEETA.

Blogger Kacak

Hafiz Rahim_IamNEETA

Hafiz Rahim & IAMNeeta

Honda HR-V.. Menarik, gagah, futuristik, pelengkap gaya remaja masa kini. Manakala Neeta.. muda, comel dan happy go lucky orangnya. Memang serasi kami digandingkan bersama.

Honda HR-V

** Tahukah anda hand brake Honda HR-V tidak seperti kereta biasa? Ia hanya menggunakan satu butang (seperti butang turun naik tingkap) dibahagian tengah gear konsol, dan boleh diaktifkan hanya dengan menggunakan satu jari sahaja!

Pemanduan menaiki Honda City sangat menyeronokkan!

Seperti yang aku katakan sebentar tadi, persepsi aku tentang Honda City sebelum ini agak hambar. Pada pendapat aku ketika itu, tiada apa yang lebih menarik tentang kereta ini berbanding kereta-kereta lain yang berada dalam segmen yang sama, melainkan namanya sahaja yang gah dek kerana jenamanya yang dikenali ramai.

Tetapi.. itu tanggapan aku dulu-dulu.. ketika aku belum pernah mencuba pemanduan Honda yang sebenar.

Dan kini.. aku sedar, tanggapan aku itu salah sama sekali.

Test drive Honda City

Selepas merasai sendiri kelainan yang dibawa oleh pihak Honda kedalam model terbaru Honda City ini, mari aku kongsikan beberapa fakta menarik yang perlu anda tahu.

Honda City in line

Pertama, Honda City generasi keempat ini didatangkan dengan enjin 1.5 liter SOHC i-VTEC bersama-sama dengan Continuous Variable Transmission (CVT) yang telah dinaik tarafkan. Selain mempunyai ratio kuasa yang agak berpadanan dengan saiznya, ia turut dilengkapi dengan ECON mode bagi memberi penjimatan minyak yang maksimum.

Honda City engine bay

Sebagai rujukan, dalam sesi pandu uji aku ke Juru, penggunaan 2/3 tank minyak mencukupi bagi jarak perjalanan sejauh 300+ kilometer dengan average speed sekitar 130-140 km/j.

Honda City 2015

Kedua, kehadiran fungsi cruise control di butang sebelah kanan stering, sangat membantu ketika dalam pemanduan jarak jauh. Lebih-lebih lagi apabila anda memandu dijalan lurus yang panjang @ lebuh raya, dimana anda hanya perlu switch on fungsi cruise control tersebut, set berapa kelajuan yang anda mahukan, kemudian selepas ianya diaktifkan.. anda boleh boleh merehatkan kaki anda tanpa mengawal pedal minyak secara manual.

Hafiz Rahim_Honda

Cruise control

Honda City 2015 Steering

Ketiga, ruangan but besar seluas 536 liter yang membantu memuatkan barangan-barangan besar. Sangat berguna bagi mereka yang berkeluarga dan dianggarkan ruangan but ini boleh memuatkan tiga beg baju besar atau empat beg baju sederhana, beg-beg golf serta kereta sorong bayi. Err.. rasa-rasanya boleh juga muat 3 orang bersaiz badan seperti aku.

Rear boot Honda city 2015

Keempat, fungsi smart entry iaitu apabila ditafsirkan dalam bahasa melayunya ialah fungsi pintu pintar. Dimana jika anda berada didalam jarak 32 inci ataupun 80 cm daripada kenderaan anda, anda boleh membuka pintu ataupun but belakang (tanpa perlu menekan button lock-off terlebih dahulu pada remote kereta). Apa yang perlu anda lakukan hanyalah dengan meletakkan tangan dibelakang pemegang pintu, kemudian sensor dipemegang tersebut akan diaktifkan bagi membenarkan anda untuk membuka pintu tersebut.

Smart entry

Kelima, push start button. Fungsi menghidupkan kereta terkini ala-ala sports car yang semakin digemari ramai dimana tiada lagi kunci fizikal perlu dicucukkan sebelum menghidupkan kereta, hanya perlu tekan pedal brek, tekan butang start (merah) dan enjin akan dihidupkan serta merta (keyless).

Keyless remote & Push start button Honda City

Keenam, penyaman udara diruangan belakang. Features terbaru ini yang aku rasakan sangat mesra penumpang dimana penumpang-penumpang dibahagian belakang akan lebih selesa dengan pengudaraan sejuk yang terus daripada penyaman udara. Normal praktis kebanyakan kereta, orang depan yang akan sejuk dulu. So, barulah fair.

Rear aircond

Ketujuh, dan aku rasakan fungsi yang paling best dalam banyak-banyak kereta. 2 usb port (berdekatan gear knob) dan 3 power socket (dibahagian tempat duduk belakang). Bagi pengguna telefon pintar, insha-Allah.. anda tidak lagi akan mengalami masalah telefon pintar tidak cukup bateri. Ini kerana 5 tempat mengecas keseluruhannya memberikan anda privasi tersendiri dimana anda tidak lagi perlu berebut untuk mengecas telefon pintar anda (simpan saja powerbank anda untuk kegunaan ditempat lain Hehehe).

HDMI & Usb port

Honda City 2015 Safety features
Antara safety features yang ditawarkan

Warna Baru Pilihan Ramai

Selain daripada fungsi-fungsi yang aku terangkan sebentar tadi. Pihak Honda kini hadir dengan tawaran mereka yang terbaru iaitu Honda City dengan pilihan warna Dark Ruby Red Pearl (Dalam bahasa melayu, mutiara merah delima.. entah betul ke tak aku alih bahasa. Hahaha).

Front Honda City

Warna ini jika dilihat adalah warna premium dan mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Sekali pandang pasti menawan hati. Aku sebagai penggemar warna merah pun turut bergetar tulang rusuk apabila pertama kali melihatnya. Tidak hairanlah, jika pengguna yang ingin membeli warna ini terpaksa long queue kan. Barang panas lah katakan. Hehehe.

Rear Honda City 2015

Sideview Honda City 2015

Dark Ruby Red Pearl
Tak mahal, harga bermula daripada RM74,000 saja. Aku pun dah mula menabung. Hik hik hik.

Nota: Terima kasih kepada Honda Malaysia diatas peluang yang diberikan ini. Kalau diikutkan ada lagi cerita yang nak diceritakan. Especially trip ke Gopeng untuk program Water Rafting. Tapi disebabkan entri ni terlalu panjang, nanti akan diceritakan dalam entri yang berasingan ye. Insha-Allah. Anda yang tak tahu apa itu water rafting, stay tuned!

City Bloggers Drive

Untuk maklumat lanjut mengenai model-model serta promosi terbaru daripada Honda, anda boleh hubungi talian bebas tol di 1-800-88-2020 ataupun layari laman web www.honda.com.my.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

18 Comments

Leave a Reply
  1. Sy baru own honda city v merah x sampai sebulan..Memang best drive honda city kalau nk compare dgn mivy 1.3 ezi sy sblm ni..engine cpt pick up,smooth & x bunyi bising bila bawak lebih 100km/h…ruang dlm yg luas& selesa & sound system pn sgt bagus….tapi yg x bestnya noise insulation x berapa bagus especially bila lalu jalan x rata atau gramble..sgt annoying…tapi kalau lalu jln kt bandar atau highway ok la..yg hairan kereta persona baru kwn sy punya lebih senyap bila naik…erm xpelah mmg sesuai la dgn nama city kan..untuk kegunaan dlm bandar yg jln rata je…rasanya kna tukar tayar michellin baru ok kot..reverse camera pn xde..sy expect leather seat utk class v tapi malangnya smua tu x ada..ayo kereta persona baru yg lebih murah pun ada ma…huhu agak frust masa dpt tu coz sy expect more utk class v..tapi tak pelah sy dah pasang sendiri reverse camera & cost rm350 je..x tahu la knapa honda susah sgt nk psg…bkn la sampai ribu riban..tapi mujurla byk features dia yg canggih sikit banding dgn kereta lain dalam segmen yg sama…boleh la layan..terpaksa terima smua kekurangn tu sbb x de kereta yg perfect kan..tapi apa pun harap honda dpt menambah baik next generation honda city (dgr2 2017 nk kluar model baru)..kalau boleh tambah lagi noise insulation & tmbh reverse camera & leather seat utk highest class…barula berbaloi habiskan rm92k utk beli city class v..huhu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *