Bila Encik Dugong Kena Langgar

Dugaan hari cuti.

Baru je balik dari makan pagi, kereta dilanggar dari belakang.

Dilanggar ketika kereta sedang berhenti di persimpangan traffic light.

Dalam hati, nak marah.. sebab tak tahu apa yang sedang dilakukan oleh pemandu di belakang.

Sebelum langgar, tengok dari cermin sisi.. elok je dia berhenti. Tiba-tiba tak lama kemudian..

Gedegang!

Bila ditanya, katanya kereta berjalan sendiri. Tak perasan.

Adeh..

Aku syak, ini mesti kes main henfon. Mata tak tengok depan, tak free gear.. hingga kereta berjalan pun tak sedar.

Hmm.. nasib baiklah encik dugong hanya mengalami calar-calar halus. Rasanya polish balik boleh hilang kot.

Vios kena langgar
Dari jauh tak berapa nampak kot kan?

Vios_kena langgar

Kesian encik dugong. Dah kali kedua dilanggar dari belakang. Nasib baiklah dua-dua tak teruk. Cuma hati aku je lah yang panas bila kena langgar. Apa comel sangat ke montot kereta aku ni nak cium banyak-banyak kali. Haih.

p.s: Pemandu tadi bagi name card. Rupanya seorang director sebuah company di Penang. Kalau fikir duit, rasanya boleh je aku claim bumper dan skirting baru. Huh.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

6 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *