Seminggu lebih berlalu. Hari demi hari Khair dah mula pandai sesuaikan diri dengan suasana di pra sekolah.
Sekarang..
Tiap-tiap pagi bila dihantar, tak ada nangis-nangis lagi dah. Boleh masuk berjalan kedalam sekolah tanpa masalah disertakan lambaian ucap “Bye-bye” buat daddy tersayang.
Lega.. Hehehe.
Nampaknya usaha ibu untuk ambik cuti selama seminggu semata-mata untuk memastikan Khair tak buat perangai akhirnya membuahkan hasil.
Balik je ibu dan daddy dari kerja, jumpa dia di rumah nenek. Cepat-cepat dia datang menyapa untuk tunjuk apa yang dipelajarinya dari sekolah. Menyanyi.. menari.. bercerita.. 🙂
Happy..
Seronok tengok gelagat dia sekarang. Nampak macam seronok sangat dia dapat pergi sekolah.
Terima kasih teacher, kerana dapat melaksanakan tanggungjawab dengan begitu baik sekali. Hilang dah rasa risau.
p.s: Mood.. terharu. Hehehe. Tamat sudah episod drama Khair masuk sekolah.
Alhamdulillah… semoga Khair belajar rajin2…
Alhamduillah, memang tabik spring kat cikgu-cikgu tadika yang super kreatif dan sabar ya ampun.
Alhamdulillah dah habis drama masuk sekolah ye Khair…good boy
Hehe… bisalah tu. saya pun mengalami perasaan sama bila anak baru start masuk tadika. Nak2 tempat baru yang dia tak familiar. Risau dia takde kawan, risau dia taknak makan. macam2 lagilah. Tapi Alhamdulillah diorang boleh bawa diri