Bila Dapur Meletup

Tengah sibuk-sibuk tolong pasang rel langsir di rumah mertua tempoh hari, tiba-tiba aku terima satu panggilan daripada mak aku di Bangi.

Dia bagitahu.. stove kaca di dapur rumahnya meletup.

Huh? Meletup?

Agak suspen jugak mula-mulanya. Aku ingatkan meletup hingga ada yang tercedera. Tapi bila diterang-terangkan balik oleh mak aku, rupa-rupanya yang meletup hanyalah lapisan kaca stove itu saja. Pecah berderai seperti cermin kereta retak seribu.

Aiseh.. pelik.. pelik.

Buat pertama kali dalam hidup aku dengar berita sebegini. Aku ingatkan bila guna moden sebegini, ianya agak selamat. Tetapi, tengok-tengok.. ada bahayanya juga.

Nota: Kata mak aku mungkin ia pecah sebab dah lama sangat guna. Dah 10 tahun. Lagipun guna bukan sikit-sikit, hujung minggu confirm heavy duty punya.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

11 Comments

Leave a Reply
  1. Alhamdulillah ia tidak mendatangkan musibah. Cuma dapur macam ni kemungkinan kurang ‘ kekebalan’ nya untuk memasak yang agak ganas, brutal lagi hardcore. Tapi jangka masa 10 tahun tu kira berbaloi dah.. Tukar aje dapur baru….

  2. aku pun 1st time tahu menda ni boleh meletup. tempoh 10 tahun tu dah cukup lama. banyak barang sekarang bukan tahan lama pun.

    alhamdulillah takda apa-apa yang buruk berlaku.
    untung mak…..anak belikan dapur raya yang baru 🙂

  3. mak sy punye dapur gas sebijik jadi macam ni time tu tengah goreng ayam je pon .. lepastuh yg saya lagi pelik sbb baru 2 tahun gune.. mungkin dapur kaca mcm ni memang xbagus kot

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *