Bila Cuti Bersalin Isteri Dah Tamat

Semalam tempoh cuti bersalin puan isteri dah tamat, menandakan secara rasminya dia kena masuk kerja dah. Dan secara rasminya juga rutin harian aku akan bertukar menjadi lebih padat. Makna kata.. Balik kerja akan berkejar kesana kemari ambil anak-anak juga bini-bini. Eh

Yang menjadikan aku sedikit risau, bukan sebab banyak tempat kena singgah. Tapi risau bila memikirkan macam mana aku nak counter mood Haziq bila dipaksa duduk dalam car seat nanti.

Seriously, sebelum ni kalau pergi mana-mana mesti dia akan melalak kalau diletakkan dalam car seat.

Cuma bila dah keadaan memaksa macam sekarang, nak tak nak aku kena ajar juga dia duduk diam-diam dalam car seat maxi-cosi tu. Dan abang Khair.. daddy dah siap pesan awal-awal, tolong daddy untuk jadi penghibur Haziq ketika mana daddy tengah memandu.

Dan ya.. semalam juga hari pertama rutin baru dimulakan. Hasilnya.. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.

Sibuk dengan handphone dia.

Thanks to abang Khair sebab tolong daddy jaga Haziq (walaupun sebenarnya beberapa kali juga daddy remind abang Khair supaya main cak-cak dengan Haziq, sebab dia dok ralit main game dalam handphone). Hahaha.

Yeay. Dah sampai. Nasib baik dekat je. Hee

So, hari ni hari kedua. Harap-harap mood Haziq okay sehinggalah ke hari-hari yang seterusnya.

p.s: Ngeri woi kalau tengah memandu, tiba-tiba Haziq melalak nak minta dukung.. Rasa macam kena brake mengejut je tenangkan dia. Hahaha.

Nota: Aku tahu car seat sepatutnya tak boleh diletakkan dibahagian depan. Tapi disebabkan dah tak ada pilihan lain, kena letak juga supaya Haziq tak meraung sorang-sorang kat belakang. Ambil masa untuk sesuaikan diri dia dengan rutin baru ni, dan dalam masa yang sama aku kena extra careful bila memandu. Mohon jangan kecam.

 Terbaru! Baca tweet-tweet femes di channel Telegram @tweetfemes

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

5 Comments

Leave a Reply
  1. Terus terbayang situasi ini yang bakal muncul semula InsyaAllah tahun depan.
    Harapnya abang Haq dan abang Aqil boleh hiburkan adik baby juga nanti bila Papanya tengah memandu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cara Untuk Inspect Element Pada iPhone

Placeit.net – Menyediakan Koleksi Mockup Secara Percuma