Bila Bawa Khair Dan Haziq ke Bazaar Ramadan

Rutin bulan puasa, petang-petang pergi bazaar ramadan beli juadah untuk berbuka. Sekali sekala bawa juga Khair dan Haziq, lepas rasa bosan asyik berkurung kat rumah je sepanjang cuti sekolah. Hahaha.

Tapi, pergi bazaar tak boleh selalu juga bawa diorang. Kalau bawa abang Khair, nanti tiap kali pergi dia nak pow beli mercun dan bunga api. Walhal, yang beli semalam tak habis main lagi. Hahaha.. boleh kopak macam ni.

Haziq pulak, kalau bawa dia nak kena beli makanan cepat-cepat. Sementara mood dia belum capai takat didih. Once kalau dah bosan, kejap lagi mesti dia buat perangai. Boleh huru hara orang. Hehehe.

Tapi nak jadikan cerita, semalam masa pergi bazaar dia behave. Siap boleh duduk dalam carrier dengan tenang sedangkan sebelum ni, letak je dalam carrier terus meronta minta dibebaskan.

Budak berat 5kg ni dah boleh behave. Yeah.

Agaknya, dah boleh tolerate kot dengan daddy dan ibu. Dia sedar dia dah makin berat, jadi dia bagi pelepasan supaya letakkan dia dalam baby carrier. Kehkehkeh.

p.s: Sedap satar ikan ni. Beli dekat bazaar ramadhan fasa 1 bangi. Hee 🙂

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

4 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *