Bila Bateri Kereta Kong

Terbang Rm200 pagi ni disebabkan kena tukar bateri kereta.

Kalau ikutkan, dah agak lama dah aku perasan bateri kereta ni bakal buat perangai. Tapi tak sangka pulak pagi-pagi lagi sebelum aku ke kedai kereta pun dia dah buat perangai dulu.

Nak hidupkan, terpaksalah jump start dengan kereta adik aku dulu supaya kereta boleh dihidupkan.

Bateri kereta Vios-NS60LS

Hampeh betul (nak jugak aku keluar peluh awal-awal pagi).

Bila kereta dah boleh hidup, terus aku bawa ke kedai bateri yang berdekatan.

Pomen check punya check, confirm bateri kong. Tak boleh nak simpan charge. Bila dia matikan kereta kemudian cuba hidupkan kembali, memang tak boleh dah.

Fuhh.. nasib baik jugak tak pergi mana-mana lagi kan. Dari rumah terus ke kedai, kalau berhenti mana-mana dulu then kereta tak boleh nak hidup.. memang pening la jawabnya. Hahaha.

Nota: Antara simptom-simptom bateri kereta betul-betul dah nazak, bila nak hidupkan kereta (crank), kereta macam payah nak hidup. Kalau jadi macam tu, eloklah pergi kedai terus.. tukar baru.

p.s: Tolak bateri lama, dapat RM10 je. Beli baru mahal, bila dah rosak.. takde nilai. Huh.

 Terbaru! Baca tweet-tweet femes di channel Telegram @tweetfemes

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ubi Keledek Ungu

Dah Besar Makin Banyak Karenah