in

Bila Baby Haziq Kena Kudis Api


Tak pernah kena tak tahu, bila dah kena baru tahu. Sebab tu orang kata pengalaman mendewasakan kita. Macam Haziq baru-baru ni, kena kudis api kat tepi telinga. Seumur hidup aku tak pernah tahu macam mana tu kudis api. Tapi bila dah terkan pada anak sendiri, baru.. ooo macam ni ke kudis api. Hohoho

Dijadikan cerita, hampir seminggu nampak Haziq asyik garu-garu cuping telinganya, aku sangkakan gatal-gatal biasa. Sehinggalah sejak 2-3 hari yang lalu, luka dan bintik-bintik merah ada nanah mula muncul.

Pergi ke klinik biasa, dikatakan alergik. Tetapi, serius.. logik akal aku berkata dalam hati, tak kan alergik sampai bintik-bintik merah ada nanah.

Tak puas hati punya pasal, selang sehari pergi klinik lain untuk minta referal letter untuk dirujuk kepada pakar. Port aku rujuk pakar, tak lain tak bukan la.. of course kat KPJ.

Skip bab menunggu nombor giliran bla bla bla.. tiba masanya berjumpa doktor Mahani. Doktor yang selalu check Haziq.

Ternyata, naluri kebapaan aku ni betul. Sekali pandang terus doktor kata.. ni bukan alergik. Tapi, kudis api. Haaa.. see! Aku yang tak belajar ilmu kedoktoran pun tahu benda tu bukan alergik. 😆

Tambah doktor Mahani lagi, kudis api ni boleh berjangkit. So kena make sure cuci dan sapu ubat yang diberikan betul-betul. Supaya cepat kering dan dapat mengelakkannya daripada berjangkit pada abang Khair.

Haih.. dalam hati risau gak, takut kejadian seperti sakit mata dulu berulang lagi. Start daripada Haziq, habis semua orang berjangkit. Hahaha

Well, apa-apa pun.. so far, hari ni selepas dah 2 hari cuci dan sapu ubat yang doktor Mahani beri tu. Dah nampak tanda-tanda kudis api nya berkurang. Hopefully, dia recover cepat-cepat. Kesian roti boy aku. 😆

Nota: Terjumpa satu blog baru yang agak best berkenaan dengan tips parenting dan kanak-kanak, korang boleh usha kat Babybalu.

p.s: Tak tahu macam mana rasa kena kudis api. Nampak tergaru-garu si Haziq ni, mungkin gatal la kot. Tapi tak ada pulak dia merengek.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

8 Comments

Leave a Reply
  1. bab anak, ibu bapa selalu dapat instinct terbaik punya! doktor pun tak semua doktor boleh bagi consultation yg terbaik. certain2 doktor je bagus. huhu

  2. Salam sis,sy rasa anak sy pon kena kudis api ni. better sy bwk ank ke klinik mne ye sis? sbb sy dh bwk g klinik biasa doc kata eczema..tp sy tgk pelik la..dia tumbuh sebijik2 mcm jerawat pastu ade nanah.lps pecah dia berair n merebak..start dr blkg telinga skrg dh naik kt kulit kepala..sian dia trgaru2

Leave a Reply to IQ aka Izyan Balqis Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *