Bila Anak Mula Cerewet

Masalah.. masalah.. Gara-gara hari tu tukar botol susu Khair yang lama kepada baru, sampai ke hari ni dia dah mula pandai memilih untuk minum susu.

Asal nampak botol baru je terus tolak ketepi, bersungguh-sungguh tak nak. Melainkan kalau bagi susu dalam botol lama baru dia okay.

Kalau ikutkan memang boleh je nak maintain bagi susu dalam botol lama.

Cuma masalahnya sekarang, botol lama dah tinggal 2. Asalnya ada 6 botol, tapi 4 dah terbuang masa pergi rumah adik ipar tempoh hari. Buang sebab ingatkan dia dah boleh terima botol susu baru.

Botol susu lama. Tinggal 2 je.
Botol susu baru, ada 7 baru beli. Semua dia reject.

Hmm..

So sekarang berbekalkan 2 botol susu yang lama ni, terpaksa aku atau isteri gigihkan diri untuk cepat-cepat cuci bilamana Khair dah habis minum susu. Standby.. mana tahu kejap-kejap lagi datang mood dia nak menyusu lagi.

Inilah gayanya budak yang nama Khair tu.

Khair.. Khair..

Puas dah daddy dengan ibu fikir macam mana nak bagi Khair tertarik untuk minum susu dalam botol baru. Cuba sorok botol lama dah buat, mix & match kepala botol susu  pun dah buat. Tapi masih juga Khair menolak. Haishh.. Kadang-kadang bila anak dah berakal panjang macam ni, kita pulak yang pening dibuatnya. Hahaha.

Korang rasa macam mana. Ada idea?

 Terbaru! Baca tweet-tweet femes di channel Telegram @tweetfemes

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

4 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Proses Refund Barang Yang Telah Dibeli Di IKEA

Dulu Artis, Sekarang Model