Khair punya kerja. Tersilap hari tu pergi letak atas meja solek, habis digigitnya deodorant aku. Elok-elok daripada licin, terus jadi menggerutu macam tu.
Ini bukan kali pertama, dah masuk kali kedua dah. Kali pertama masa dia umur setahun lebih. Pun lebih kurang macam ni jugak kejadiannya. Orang lain buat kerja, dia diam-diam masuk bilik. Sedar-sedar je mulut ada bau deodorant. Adoyai..
Info
Tahap keracunan: Minima
Kesan: Kandungan aluminium dalam deodorant mungkin boleh menyebabkan rasa tidak selesa dalam perut, muntah-muntah ataupun cirit-birit.
Apa yang perlu dilakukan: Berikan anak minum air kosong beberapa teguk. Kemudian perhatikan keadaan mereka, jika ada tanda-tanda keracunan rujuk kepada doktor di klinik.
Sumber: illinoispoisoncenter.org
p/s: So far nasib baik, Khair tak ada sakit perut or muntah-muntah. Nakal betul. Iskk.
Moral of the story…. belilah deodorant yang dalam bentuk cecair tu yang jenis nei kalau aku guna rasa melekit je… hehehehe
kang di hisap pulak kalau deodorant cecair tu hehehe
Uihh.. Bahaya betul makan deodorant..
Habis deodorant pun nak dikokakkan. 🙂
Haduyaii..anak…anak….bagai ragam…tp bila dah besar nti…sure dia gelak bila baca balik…dlm ati mesti terdetik..
“kekecik dulu deodorant pun aku makan…”
Kreatif sungguh anak HR ni. Inilah pertama kali saya dengar anak makan deodorant. Hahaha! Lepas ini kena letak deo di tempat yang tinggi.
Bahaya tu bro… lepas ni kena letak deodorant tu dekat tempat yang selamat supaya anak bro tak boleh nak ambil..
khir.. sedap ke rasanya?? eeee.. cikna geli tau..kot ada bebulu lekat kat situ ….hahaaaaaa
haipp.. sori sikit. takde bulu yang melekat hokay. trim cantik bunga2 lagi. hahaha
budak2 ni kalau tiba2 diam je, mesti ada la tu ‘projek’ yang diorang tengah buat..hehe..
Hadam elok dah deodoran tu dalam perut Khair hehehe. Jangan tersedak bulu tiok ayohnye dah la hiksss!~
Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Papa dia dulu suka telan buah getah kan? Hehehe..
nasib la benda alah ni tak merbahaya sangat
haha ni dah lebih sampaikan deodoran pun nak gigit.
erkkkkk.. adehh.. telan air liur terus baca entry ni.. kang jadi habit bahaya tuu mcm sy laa suka jilat sabun..dari kecik euwww…haaa..memg x laa lepas ni beli deodorant stick.. behehehe
Ngeri sekali dengar berita ini, tidak terbayang deodoran beracun itu.
Deaodorant masih boleh dimaafkan, kalau ubat lipas …
hahaha ! tergelak cn tengok gambo tu, mmg dasyat yer..anak CN si irfan tu setakat ni pernah makan lipstik n bedak, deodoran tak pernah lagi..hehe
Jemput join segmen CN ye 😉
isk…`ngeri` memikirkan rasa deodorant tue. haha..macam2 lah akal anak2 nie kan. :p
fuh..dahsyat juga anak you bro…nasib baik tak de apa-apa
Ada ada aja kelakuan budak nih ..
tentunya itu sangat berbahaya jika anak kita sampai memakan deodoran itu
Dikiranya es krim kali y? hehe…
hati2 ah jangan sampai terjadi lagi
untuk kedepannya jangan sampai terulang kembali & hati-hati ya
lain kali hati hati ya jangan sampai terjadi lagi