Bila Anak Dah Mula Pandai Baca Doa


Macam ni lah gayanya bila dah pandai baca doa makan. Tak kira tempat, tak kira masa.

Asal suruh baca doa je mesti baca doa makan. Suruh tidur pun baca doa makan jugak. Doa lain.. maaf. Khair belum pandai. Buat masa sekarang, yang tu satu je dia ingat.

Kira okay lah tu. Ada juga yang dia tahu.

p/s: Suruh baca ABC memang dah lancar dah. Siap boleh sebut lagi A untuk apa.. B untuk apa.. Sampailah huruf Z. Cuma sekarang ni aku dengan isteri dalam proses nak mengajar dia baca tulisan jawi pulak.

Nota: Orang kata melentur buluh biarlah dari rebungnya.



3 KOMEN

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini