Fuh.. Bilamana kelmarin anak tengah sihat dan aktif. Tiba-tiba keesokannya, dia menangis sebab sakit nak kencing. Ibu bapa mana tak panik.
Ingatkan digigit serangga, tengok pada luaran bebirdnya tiada kesan luka. Bila ditanya..
Adik sakit kat mana?
Dijawabnya dekat bahagian kepala bebird tu. Nak sentuh pun tak dibaginya. Lebih teruk, apabila masa tidur tengahari, dipakaikan pampers. Kemudian, ternampak setompok merah kecoklatan betul-betul ditengah pampers tu.
Hmm.. dalam hati berdebar-debar. Mungkin luka dalaman? Ataupun infection kuman?
Disebabkan tak tahu dah nak buat apa. Terus call klinik dan pergi jumpa doktor. Biarkan yang lebih arif buat pemeriksaan.
Masuk dalam bilik doktor, daddy dan ibu terangkan pada doktor keadaan Khair. Ditunjukkan pada doktor juga pampers yang ada kesan darah, dan dalam masa yang sama.. doktor periksa bebird dia.
Pot..pet..pot..pet.. (dalam beberapa minit)
End up dengan satu summary. Dia kena infection. Berkemungkinan sebab suka tahan kencing, dan minum air pun kurang. Jadi, lepas consult dengan doktor.. Khair dibekalkan dengan antibiotik CURAM 312,5mg/5ml dan juga paracetamol.
- Antibiotik CURAM 312,5mg/5ml, berfungsi untuk melawan kuman infection yang tengah serang bebird Khair.
- Paracetamol, bertindak untuk kurangkan kesakitan bebird dia tu.
Masa terus berjalan..
Balik rumah, bagi makan ubat. Minum susu, kemudian dipaksa kencing dulu (sebab dia nampak muka dia berkerut menahan kencing. Fobia sakit masa kencing kot, sebab tu lagi ditahannya kencing tu daripada keluar.). Siap kencing, tidur.
Selepas makan ubat:
Jam 7.00 pagi. Lepas subuh dia bangun. First thing first sebelum dia main game dalam handphone, kitorang paksa dia kencing.
Walaupun dia nampak masih lagi fobia, tapi Khair berjaya kencing. Dan.. yang paling melegakan hati, dia kencing tak sakit dah. Hohoho. Alhamdulillah. Agaknya ubat yang doktor bekalkan tu dah berkesan. Daddy dan ibu saling berpandangan, tersenyum happy. Hee.
p.s: Tapi antibiotik kena terus diberikan, doktor kata kena bagi makan selama 3 hari.
Alhamdulillah…
bahayanya kurang air ye,kalau org dewasa efek buah pinggang.
Doktor kata kalau teruk infection dan dia tak boleh kencing.. kena masukkan tiub secara manual dekat salur kencing dia untuk ambik air kencing. Air kencing tu kena kena test. Huu.. ngeri.
Kesian budak itu
Anak saya pun dulu selalu sakit gini.. meraung dlm toilet.
Paksa minum air barli tanpa gula.. minum kerap2… alhamdulillah esok dah baik..
Owh ada petua minum air bali ye. Sebelum ni tak tahu pulak. Kalau tahu dah bagi Khair minum awal-awal hari tu. hehe. TQ
Hee.. cuba lah.. tak sakit pun boleh minum hari2 pun sedap kan..
pening kepala beb kalau tak leh kencing.
tapi biasanya memang bagi air lebih. paksa dia kencing.
Sebab dok paksa dia kencing 2-3 hari ni (kat rumah, kat sekolah), terus dia tak nak pergi sekolah. Dia cakap cikgu marah. Hahaha