Usia vios aku 9 tahun lebih, alternator baru pertama kali rosak. Rosak tu pulak, bukannya ada bagi warning sebulan atau dua bulan sebelum, tapi dalam masa sehari boleh jahanam terus. Yelah, kau bayangkan pagi-pagi start kereta ada bunyi berdengung kat ruang enjin.. lepas tu petang pada hari yang sama, kereta dah tak boleh start. Adui.. jem-jem. Senak poket nak kena repair kasi elok balik.
Mujurlah ada terjumpa satu bengkel kat Semenyih ni yang boleh servis balik alternator yang dah rosak. Kata pomen bengkel ni, dia akan tukar balik carbon brushes dan bearing.. supaya alternator yang rosak tu berfungsi balik seperti sedia kala.
Trust issue untuk pomen ni aku tak pertikaikan sangat, sebab bila tengok-tengok dalam group vios kat Facebook.. dia ni macam dipercayai.
Lagipun, dia siap offer aku pinjam pakai alternator vios dia punya dulu bilamana aku cerita kat dia bahawa kereta ni daily use untuk urusan kerja dan ambik anak sekolah. Kiranya dia kategori orang yang baik sebab bagi orang yang tak dikenali untuk pinjam barang dulu kan. Kalau kata dapat kat orang yang jenis pinjam tapi lesap. Nayaaa.. Hahaha.
To cut a long story short, lepas seminggu aku hantar alternator vios aku untuk diservis.. hari ni tiba masanya untuk pasang balik alternator tersebut ke dalam kereta.
Sampai kat bengkel tadi, dia tunjuk part mana yang dia tukar carbon dan bearing. Kemudian dia pasang.
Awalnya nampak okay, tapi.. bila kereta dihidupkan.. bunyi dengung masih ada. Frankly speaking, time ni aku dah rasa semacam.. Ahh sudah.. takkan tak elok lagi kot.
Bila dengar bunyi tu.. pomen terus check balik, katanya apabila melibatkan alternator ni.. lepas servis, secara luaran memang nampak okay. Tapi realitinya nak tahu okay ke tak, hanya dapat tahu bila dah pasang semula alternator ke dalam kereta. Dan untuk kes aku ni, katanya bearing brushes dan carbon dah okay.. cuma rectifier dalam alternator aku tu pulak yang problem.
Haih.. bila dah dengar gitu, aku speechless kejap.
Tapi katanya.. even though rectifier problem, kereta masih boleh jalan. Cuma dia pesan nanti bila ada bajet kena cari alternator lain jugak la. So aku terima pakai apa yang dia explain dan aku pun bayar kos upah servis alternator RM250, kemudian gerak balik.
Tapi nak ditambah semula cerita yang patutnya pendek ni untuk jadi panjang.. Bila dah gerak balik dari bengkel, dalam 50 meter macam tu, aku seakan tergerak hati untuk test lagi sekali untuk matikan dan hidupkan balik kereta untuk pastikan kereta betul-betul tak ada problem.
Dannnn.. agak malang dan bertuah jugak dalam masa yang sama, apabila percubaan aku itu mengakibatkan kereta aku sekali lagi tak boleh start. Malang, sebab alternator memang rosak terus. Bertuah sebab masih dekat dengan kedai. Jadi aku terpaksa jalan kaki balik ke bengkel pomen tadi untuk bagitahu dia bahawa kereta dah tersadai tepi jalan. Hahaha.
Pomen suruh anak dia jump start dan bawa semula kereta aku ke bengkel dia. Kemudian masa tu jugak dia cakap, rectifier dah getting worst. So dia advise untuk tukar baru terus je kalau taknak pening kepala. Sebab katanya jugak, kalau nak tukar rectifier pun kosnya agak tinggi.. dan tak menjaminkan akan betul-betul solve problem.
Then aku fikir-fikirkan balik, ada betulnya jugak.. sebab tukar rectifier.. warranty pun tak ada. Kalau beli baru alternator original Denso, dapat waranti setahun. Maka aku pun proceed je la untuk tukar baru je supaya memudahkan urusan aku tanpa perlu ulang alik ke bengkel 2-3 kali lagi.
Bila dah aku decide gitu.. Pomen pun order barang. Dalam setengah jam menunggu, barang pun sampai.
Macam biasa, bila spare part dah sampai.. pomen pun pasangkan lah dalam kereta. Dan bila dah pasang alternator baru, maka problem bunyi berdengung dan tak boleh start tu pun hilang gitu je macam Thanos petik jari.
Jadi begitulah ceritanya vios aku dengan problem alternator rosak.
Patutnya kos untuk servis alternator RM250 je. Tapi bila dah servis pun alternator masih tak okay.. pomen kata tambah RM270 je lah untuk bayar sebuah alternator vios yang baru. Jadi total kos RM520. Yang servis tu kira takyah bayar.
So korang rasa okay ke tak?
Bagi aku masih murah kot, sebab aku pernah je tanya workshop lain kat Bangi.. ada yang quote RM800 untuk alternator original Denso. Kalau kat Toyota Service Center pulak, ada 2 jenis; Original Toyota ataupun original Denso, range harga RM1k~2k. Huhuhu
Baiknya dia sebab pinjam kat kamu dulu kan? Buat baik sudah pasti akan dapat balasan pahala yang baik juga.
Fuhh!. bagus info ni
Berapa mileage kereta ini?kereta saya usia dah sama. Cuma mileage dah 313,000km mcm tu. Masih belum tukar alternator.
Kereta saya baru nak cecah 280,000 km
Baru² ni sy ade bawak kereta Vios 2009 pergi servis di pusat service Toyota. Advisor menyarankan untuk menukar stabiliser link. Boleh tanya berapa kos untuk tukar stabiliser link tu kalau di bengkel biasa ?