in

Bila Aku Mula Ketagih Rakam Video


Lately aku macam teruja untuk rekod video. Tak kisah la video pasal apa pun, asalkan video. Bila aku dah rekod, aku akan menghadap laptop berjam-jam menggunakan Final Cut Pro X yang dah aku install dalam Macbook aku untuk siapkan editing video yang dah dirakam tu.

Pada mulanya, agak kekok dan susah nak sesuaikan diri dengan software ni. Tapi, at last berjaya jugak upload beberapa video yang dah di-edit menggunakan perisian tersebut. Walaupun sebelum ini, diri masih serasi menggunakan perisian iMovie yang sedia ada dalam Macbook.

Apa yang boleh aku kongsikan.. function dalam FCPX ini lebih kurang je dengan iMovie, cumanya.. FCPX lebih advance. Banyak fungsi-fungsi dan effect yang tak ada dalam iMovie boleh didapati dalam FCPX.

So, video dah ada.. channel Youtube Hafiz Rahim pun dah buat, playlist pun dah kategorikan siap-siap. Basically video yang ada sekarang based on promo video, review, travel, food review dan ada jugak beberapa video personal anak-anak.

Masa ni food review guna iMovie

Terbaru, video Khair unpack Kad BoboiBoy Galaxy

Dan jugak, promo video Surya Lychee Chlorophyll

Alang-alang korang dah tahu aku ada channel Youtube ni.. jemput la jenguk ye. Jangan lupa subscribe sekali. Tinggalkan komen seketul dua kot-kot ada apa yang boleh ditambah-baik lagi.

Ataupun kalau korang ada pertanyaan, tanya je soalan tu diruangan komen. InshaAllah aku akan jawab secepat mungkin.

By the way, dulu ada gak timbul perasaan malu bila bercakap depan kamera. Tapi sekarang, perasaan malu tu sikit-sikit dah terbuang melalui praktis.. praktis.. dan terus praktis. Orang nak kata apa lantak la kan, bukan rekod pakai handphone diorang pun. Heee

p.s: Semalam test guna gimbal Ujang, tinggal sikit lagi nak siap edit video tu. Stay tuned okay untuk video aku yang terbaru.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge