Pasang aircond dalam bilik memang best. Lagi-lagi bila cuaca panas. ON je.. terus rasa best dan nyaman. Sejuk semacam duduk dalam peti ais. Betul tak?
Tapi, best-best pun.. bukan selalunya best sangat.
Benda-benda mekanikal sebegini kalau dia dah mula buat perangai, memang boleh stress.
Lebih-lebih lagi bila satu problem mula datang.. Leaking!
Leaking ni ada banyak jenis. Dari jenis yang drain pipe tersumbat lalu menyebabkan air buangan melimpah keluar dari tempat takungan, gas tak cukup yang menyebabkan cooling coil ataupun copper pipe jadi “icing” kemudiannya mencair bila dah tutup, lepas tu ada pulak kes pemasangan drain pipe yang tak betul menyebabkan air yang patutnya dibuang keluar “tak boleh nak keluar”.
Pendek kata.. satu masalah, bermacam-macam punca boleh jadi. Nak kena trace satu per satu.
Macam aku baru-baru ni.. aircond leaking dekat drain pipe. Sebabnya, dah lama tak servis.
Jadi, drain pipe dan takungan air pun mula la dipenuhi dengan lendir-lendir alga yang akhirnya menyebabkan ruangan drain pipe tu makin mengecil dan tersumbat.
Stress. Kena pulak hari kerja. Bila diri dah biasa dengan aircond, Khair pun jenis tak boleh kalau tak ada aircond. Maka, nak tak nak kena gagahkan diri servis aircond tu secepat yang boleh.
5.30 petang, balik kerja.. First thing first yang aku buat bila sampai rumah.. Terus tukar baju untuk mulakan operasi servis aircond. Dalam hati nekad, kena siapkan jugak sebelum tidur. Hahaha.
Aku pergi dekat outdoor unit (ini aku sembang pasal aircond split type unit ye), terus buat pump down.
Nota: Sebenarnya untuk info korang, kalau aircond nak kena servis tak perlu pun buang segala gas yang masih ada dalam unit. Cuma pump down pun dah mencukupi, iaitu satu proses dimana korang boleh menyimpankan gas penyejuk.. balik ke dalam condenser (outdoor unit) dimana ianya akan diguna pakai semula setelah siap servis nanti.
Cara-cara nak pump down rujuk gambar dibawah, aku copy paste dari blog hvactutorial.wordpress.com je.. sebab malas nak lukis sendiri.
- Pasang manifold/pressure gauge dekat service valve
- Tutup valve discharge line
- ON aircond supaya gas penyejuk bergerak masuk kedalam outdoor unit
- Monitor manifold/pressure gauge supaya reading drop 0 psig. Kalau dah cecah 0 psig, cepat-cepat tutup valve suction line sekaligus OFF aircond.
- Boleh disconnect copper piping yang menghubungkan antara indoor unit dengan outdoor unit.
Siap pump down, makan kejap (untuk tambah tenaga nak buat kerja.. hehehe). Kemudian selesainya makan, terus indoor unit dicabut. Bahagian-bahagian yang berkaitan ditanggalkan satu demi satu. Ada orang panggil proses ni, overhaul.

Kasi cuci coil sikit, kasi tonyoh-tonyoh blower sikit, kasi flush drain pipe sikit, kasi polish casing sikit (outdoor unit, kasi tembak cuci dengan air je coil nya. Tak kotor sangat pun sehingga memerlukan chemical wash. Next few years baru perlu kot).
Dan.. tadaaa! Selepas 3 jam buat kerja seorang diri (eh, puan isteri ada juga bantu sikit-sikit hulur barang).. Akhirnya, alhamdulillah. Berjaya juga aku siapkan servis aircond ni setelah memaksa diri untuk jadi rajin. Hahaha.

Testimoni ikhlas daripada puan isteri..
Aircond ni dah servis sejuk lah pulak (sambil tarik selimut).
Err.. speechless kejap. Tapi tak kisahlah, dah jimat RM100+ untuk upah servis aircond. Hohoho.
Nota: Lepas servis cuma perlu connect copper piping yang menghubungkan indoor unit dengan outdoor unit. Kemudian buka valve discharge line diikuti dengan buka juga valve suction line. Seterusnya ON aircond.
p.s: Tunjuk ajar diatas adalah penerangan secara umum je tentang proses servis aircond. Keadaan sebenar ada sedikit pertambahan aktiviti tentang bagaimana nak pump down, disconnect copper piping, nak dismantle indoor unit, flush drain pipe dan sebagainya. Nak terang dalam text.. banyak term english pulak. Susah wehh!
pasni boleh bukak bis servis ekon lak bro..
Servis ekon rumah sendiri je abam.. Rumah orang penat nak buat. Hahaha
Kalau sudah AC tak dingin lagi segerlah panggil tukang service AC