Tengah syok drive nak balik rumah dari tempat kerja, tiba-tiba bunyi ada besi berlaga kat ruang enjin kereta. Bunyi tu macam bergerak melantun-lantun akhirnya tercampak daripada kereta, daripada cermin sisi aku nampak ada 1 plate besi bulat berlohong yang semacam semacam donut melantun-lantun atas jalan.
Ahh sudah. Besi apa pulak yang tercabut ni? Dalam hati aku dah risau. Terbayang dah berkemungkinan enjin aku gugur atas jalan. Tak pun, tiba-tiba enjin kereta aku terbakar. Fuhh.. power sungguh imaginasi aku. Hahaha.
Bila dah syak kereta ada masalah, cara pemanduan aku bertukar. Kalau sebelum ni, memang tak pernah nak perlahan, tiba-tiba hari ni jadi pemandu berhemah. Walaupun rasa berbulu bila lambat sampai ke rumah, tapi untuk mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku.. aku redha memandu perlahan. Hohoho.
Dah ambil anak, ambil isteri balik dari kerja.. sampai rumah. Aku mandi, solat dan selesaikan mana-mana kerja yang patut diselesaikan dulu.. kemudian aku mulakan kerja-kerja pomen pulak.
Well.. kerja pomen bukan untuk repair besi yang tercabut tadi pun. Tapinya, cuma nak periksa benda apakah yang tercabut.
Aku jek kereta.. alaskan kotak besar supaya tak kotor baju untuk baring atas lantai. Lampu sulh pada handphone aku ON kan. Suluh punya suluh.. Tadaaaa..
Magnetic plate dekat magnet clutch compressor aircond dah patah rupanya. Aduyai.. patut la 2-3 hari sebelum tu aku dah bunyi aircond lain macam. Masa magnetic clutch nak engage, bunyi “ketak” tu kuat lain macam. Rupa-rupanya dah nak patah. Hohoho.
Pagi ni tanpa banyak fikir, lepas hantar anak dan isteri pergi Kafa dan tempat kerja. Terus aku ke Toyota Service Center.
Dan yes.. mereka mengesahkan benda yang sama iaitu Magnetic plate dah patah dan tercabut.
Hmmm.. awalnya kalau kos baik pulih tak tinggi, nak je aku buat replacement on the spot sebab warranty pun daripada pihak Toyota. Tapi memandangkan sebut harga yang diberikan adalah seperti dibawah..
Maka.. ber-huhu dulu lah aku. Awal tahun banyak pakai duit weh. Nak tak nak, terpaksa cari bengkel luar jugak ni. Hopefully akan dapat jumpa bengkel yang sesuai. Kalau tak, mandi sauna lah aku untuk beberapa ketika sebelum aircond mula kembali berfungsi. Hohoho.
kalau bab bunyi kat kereta ni memang sama lah imaginasi kita. sebab risau sangat. tengah drive kan. tetiba kalau jadi betul, sekali kita dengan orang lain atas jalanraya terbabit sama 🙁
power betul abam punya imaginasi haha..
so dah setel belum? Brapa kena? act kenapa boleh patah? ke dah sampai masa dia? banyak lak soalan aku
Dah settle. RM430. Magnetic cluth. Ni haa.. dah cerita dalam ni. Hahaha – Tukar magnetic clutch yang patah