Lama tak memborong buku.
Hari ni nak kata awal pagi sangat tak juga, dalam jam 11 baru aku gerak ke MIECC, tempat berlangsungnya Big Bad Wolf.
Ramai orang tak usah nak cakap. Start daripada nak masuk parking pun dah bersesak kereta beratur.
Disebabkan malas nak menempuh sesak, aku ambil jalan singkat. Parking depan office je. Nasib baik lah office tu dekat, jarak berjalan pun lebih kurang 10 minit.

Big Bad Wolf kalau diikutkan dah banyak kali berlangsung. Dekat macam-macam tempat dah bertukar. Dan seingat aku, kali terakhir aku pergi Big Bad Wolf ni dekat MAEPS Serdang. Sebelum Khair lahir.


So, dah alang-alang lama tak pergi, aku usha dua-tiga buah novel. Untuk dijadikan bahan bacaan bila bosan.
Harga? Cukup murah berbanding harga sebenar yang dijual diluar sana. Novel melayu yang aku beli cuma RM5 sebuah. RM3 pun ada, tapi kalau tak silap itu untuk novel kanak-kanak.
Kira okay lah kan. Diorang jual murah, lebih menggalakkan orang ramai untuk membeli dan membaca.

Untuk Khair aku cuma belikan buku sticker dan buku cerita biasa yang banyak-banyak gambar. Untuk isteri pula buku resipe. Hehe.
p/s: Big Bad Wolf di MIECC akan berlangsung sehingga 15 Disember 2013.
arghhh murahnya!!! kena pergi ni.
best tu kalo dapat g sana..memang banyak buku aku beli..
Bahrain recently posted..Filem Frozen Yang Menghiburkan
mak aih.. murah nya… insyaAllah pegi ke MIECC untuk blogrrr
Farzli recently posted..Pagerank sudah dikemaskini oleh Google
Bestnya dapat pergi Big Bad Wolf… Banyak pula buku bahasa Melayu di jual pada kali ni… Nampak gayanya kalau ada masa kena pergi ni…
Anuar recently posted..Contest SEO Eridy bahan Ujikaji ke 6
Ulat2 buku ramai la yang pergi..rugi kalau tak pergi bro
Belum berpeluang untuk ke sana lagi borong buku.
akubiomed recently posted..Showcase album Havoc Joe Flizzow yang happening
sangat murah,,, aku tak boleh pegi kerana aku takut dengan Serigala
wah memang murah yer…berbaloi…
papa mifz recently posted..Aksi Jurugambar Cilik
mentang2 nm sama ngan buku cerita tu…hehehehe…ingat nak beli gak ritu tp x jadi…
Alin Marlini recently posted..Wordless Wednesday #040
fuhh..tak sempat gi lagi..
titan recently posted..Cuti Sekolah, facebook dan dunia blog yang huru-hara.
Memikirkan kebarangkalian buku yang dibeli lambat habis baca or tak sentuh… maka gua tak jadi la pergi… keh3x
hazman aka species1980 recently posted..Menu makanan MANGSA BANJIR di KUANTAN PAHANG
Ada juga ya buku2 untuk anak2 ?? bagus, sangat lengkap dna murah …
Selamat berbelanja buku 🙂
Rina recently posted..Basic CSS Tutorial : Create Multiple Background Images For Website
Jelesnya org y pergi sini..bila la nk ada kt kuantan ni.
Mila recently posted..Masker vitamin E + vitamin C
apis… jom pegi sabah!!! eh, kemboja…
KiD recently posted..Freemason di Johor
kemboja takde bajet..sabah ok.ahahaha
Kisah Hafiz dengan Lisa bila nak dibukukan? La ofis area sini rupanya…
Bro Framestone recently posted..Selamat Pengantin Baru Buat Yuyu Zulaikha
Itu cerita kedai kopi je bro..haha