Beza Blog Dulu Dan Sekarang

Inilah jadinya bila tak ada kerja. Bosan-bosan tak tau nak buat apa, bukak laman archive.org/web.. semak archive blog.

Bila disemak, rupa-rupanya dah banyak perubahan yang pernah HafizRahim.com lalui. Daripada satu platform blog berpindah ke platform lain. Bagi sesiapa yang baru je kenal dengan blog aku, salam perkenalan aku ucapkan.

Sekadar flashback.. seawal blog dulu aku pakai blogspot je. Masa tu domain pun tak ada. Nama blog.. kolarhitam.blogspot.com. Bajet masa tu nama blog cool habis. Langsung tak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun mati. Pilih nama tu main hentam je. Tapi realitinya, tak cool pun. Hahaha.

Inilah kolarhitam selepas guna domain hafizrahim.com
Inilah kolarhitam selepas guna domain hafizrahim.com – Tahun 2011

Template blog, dah berubah banyak kali. Untuk template blogspot, hanya dapat capture satu je buat kenangan (gambar atas). Yang lain, semuanya bila dah berpindah ke WordPress.

Malaysian Best Blog 2
Tahun 2012
Malaysian Best Blog 3
Tahun 2013
Malaysian Best Blog 4
Tahun 2013 jugak
Malaysian Best Blog 5
Akhir tahun 2013
Malaysian Best Blog 6
Tahun 2014
Malaysian Best Blog 7
Tahun 2015

Nampak tak perbezaan? Makin kemas, makin matured, makin hensem macam tuannya.

Dan untuk makluman korang, template yang korang nampak sekarang ni.. adalah versi terkini. Blog menggunakan platform wordpress diperkasakan dengan framework Genesis. Template ni pun dah pakai lama dah, naik bosan pun ada gak. Tengah mencari yang lain untuk beri nafas baru. Ke ada yang nak sponsor? Hehehe 😉

Note: Nak belajar WordPress? Nak bertukar-tukar pendapat mengenai SEO? Boleh private coaching dengan aku. Aku serius ni.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • 22 Comments

    Leave a Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Kenapa Anda Perlu Pilih EZ Qurban

    Koleksi LEGO Ninjago Untuk Peminat-Peminat Ninja