Bagi peminat burger ataupun sandwich, ni haa.. ada satu port baru di IOI City Mall, Stacks by Las Vacas. Beberapa hari lepas baru je aku pergi grand opening diorang.
Lokasi restorannya mudah je, terletak di Centre Court. Kalau korang tahu kat mana Magnum Cafe, Stacks by Las Vacas hanya bertentangan kepadanya. Betul-betul dekat entrance IOI City Mall tu.
Jika ada yang tak tahu, Stacks by Las Vacas ini bukanlah satu-satunya di Malaysia. Selain di IOI City Mall, terdapat juga cawangan yang lain iaitu di KLCC, Mont Kiara dan Kelana Jaya.
Perlu ditekankan disini, konsep Stacks by Las Vacas di IOI City Mall ini, ianya lebih kepada fast food dimana ianya lebih kepada hidangan burger dan sandwich. Manakala bagi branch lain yang lebih besar, menu seperti steak turut disediakan.
Dari segi kualiti dan rasa makanan disini, boleh aku kategorikan makanan disini sedap-sedap belaka. Sedap bagi aku yang bermaksud, daging yang digunakan dimasak secukup rasa, lembut dan tidak kering.
Especially burger The Godfather dan sandwich Roast Beef. Kedua-dua menu ini merupakan feveret aku.
The Godfather, merupakan burger yang terhasil daripada “evolusi” spaghetti bolognese dimana sos yang digunakan adalah kuah spaghetti bolognese itu sendiri.
Manakala, sandwich Roast Beef Sandwich pula adalah sandwich yang diletakkan daging-daging yang telah dicarikkan berserta sos BBQ yang sangat sedap.
Harga?
Well, bagi aku harga yang ditawarkan disini berpatutan dengan kualiti masakan yang dihidangkan. Majoritinya berharga RM20 bagi setiap burger dan sandwich. Manakala harga bagi minuman pula ia bermula daripada RM3 hingga RM10.
So, korang kalau nak cuba boleh singgah ke Stacks by Las Vacas, IOI City Mall. Untuk info lanjut korang boleh layari www.lasvacasmeat.com.
p/s: Sekali sekala kalau nak skip lunch makan nasi, burger ataupun sandwich dekat sini pun mengenyangkan juga. 😉
Sponsor Ads – Tercari-cari hotel di sekitar Putrajaya? Sila rujuk Agoda.com untuk promosi-promosi terbaru dengan harga yang sangat menarik.
Presentation untuk setiap hidangan memang menarik… Tengok jer rasa terliur dibuatnya…
perghhh…best dpt makan burger yg xtau nk sebut namanya..pasti tambah ensome kalo mkn selalu sana.
pehh..
beso-beso begernya tu. tak muat mulut nak nganga.
Rasanya antara kelebihan restoran ni adalah tempat makan yang nampak luas dan dapat beri keselesaan apabila datang makan di sini
Panjangnya hashtag. 🙂
lazat semua menu dia nie bro
Roast beef tu tempting sngt..tertelan air liuq..hihihi
Sedapnyaaaaaaaaaa
Sedap sekali nih… Bagi-bagi lah. 🙂