Lama betul rasanya tak melepak di Chili’s. Seingat aku, kali terakhir menjamu selera disini adalah pada tahun lepas, yang mana pada ketika itu lokasi yang menjadi pilihan aku ialah Chili’s KLCC.
Tahun ini pula, Alhamdulillah..
Sekali lagi dipermurahkan rezeki untuk bertandang ke restoran yang menggayakan konsep Tex-Mex (Texan-Mexican) ini. Cuma yang membezakannya.. Kali ini kehadiran aku adalah di cawangan yang berlainan pula iaitu Chili’s Citta Mall, yang terletak di Subang.
Kunjungan kali ini diatas tiket sebagai seorang blogger memberi peluang kepada aku dan juga tiga rakan blogger yang lain untuk turut sama-sama menikmati menu “Dinner Special” disini.
Dinner Special di Chili’s bersama Top Blogger Malaysia
Antara yang turut hadir untuk menikmati dinner special di Chili’s Citta Mall pada malam itu, termasuklah Ben Ashaari, Emas Putih dan juga Lyssa Faizureen.
Seawal jam 6.30 petang kami telah berada disini bagi menghormati undangan pihak yang telah menjemput, jam 7.00 malam kami mula memesan menu-menu makanan masing-masing, kemudian selepas solat Maghrib kami mula menjamu selera.
Fuuhh.. Fuhh.. Tak sabar..
Yang menjadi pilihan kami pada malam itu, tak lain tak bukan.. tentulah pilihan main course popular restoran Chili’s itu sendiri, diantaranya ialah..
Sweet & Smoky Burger – Burger yang dipenuhi dengan keju Pepper Jack cair, beef bacon, onion ring berempah, salad segar, tomato serta sos mango-infused smoky BBQ dan juga sos Signature Chili’s.
Firecracker Fish Fillet – Fillet ikan Dory bakar yang disapu dengan tapenade merah sweet & spicy serta biji bijan dan juga nasi.

Southwestern Grilled Lamb – Kambing panggang yang lembut dengan perapan khas Chili’s. Dihidangkan dengan kentang lecek serta berkuah krim lada hitam dan sayur-sayuran.
Southwestern Quesadillas Combo – Ayam dan daging yang diperap dengan bawang panggang dan keju Jack di dalam tortillas. Dihidangkan bersama krim masam serta homemade pico de gallo.
Citrus Fire Chicken & Prawns – Dada ayam diperap, dipanggang dan kemudiannya dilitupi dengan udang yang dibakar bersama bawang putih dan juga limau nipis. Dihidangkan bersama nasi, sayur dan & homemade pico de gallo.
Dan, yang paling sedap diantara semua menu..
Country Fried Chicken – Dada ayam goreng yang ditepung tangan serta dihidangkan dengan kentang lecek, berkuah krim lada hitam dan jagung manis. Simple, tapi bila dah cuba makan sekali.. Yang seterusnya pasti hingga menjilat jari.
Yummy!
Manakala untuk minuman pembasah tekak pula, aku memesan Strawberry Lemonade yang berharga RM14.95.
Menariknya tentang minuman ini apabila ia mempunyai dua rasa yang cukup enak. Pertama, rasa strawberinya.. Manakala yang kedua rasa lemonade nya. Sekali disedut, pasti rasa segar menggosok tekak anda.
Hidangan kami tidak habis begitu sahaja. Sesudah main course, yang seterusnya tentulah pencuci mulut pula.
Bagai melengkapkan acara kami pada malam itu, ia disudahi dengan hidangan dua menu pencuci mulut yang super duper sedap.
Pertama, Molten Chocolate Cake iaitu kek coklat yang mempunyai coklat cair didalamnya, kemudian ditutup dengan aiskrim vanila dan coklat nipis yang rangup.

Dan yang kedua, Skillet Toffee Fudge Brownie iaitu brownies caramel yang diletakkan aiskrim dan sedikit taburan coklat diatasnya.
Apa yang boleh aku katakan, pencuci mulut yang dibuat melalui resipi mereka tersendiri ini sememangnya unik. Sehinggakan hari ini, aku masih lagi terbayangkan keenakannya tatkala menyuap ke mulut tempoh hari. Coklatnya cair di mulut, rasa lemaknya tidak memualkan tekak.
Pehhh.. Pendek kata, kalau anda yang sebelum ini kurang gemarkan coklat.. Selepas saja menikmati pencuci mulut ini, pasti akan selalu terbayangkannya di meja makan ketika berbuka puasa. Silap-silap boleh jadi angau. Hehehe.
Selain daripada menu-menu yang aku nyatakan diatas, terdapat beberapa menu lagi yang tidak disebut. Ini kerana, pilihan sedia ada yang telah dipesan ini pun portion-nya sudah begitu banyak untuk dihabiskan oleh kami berempat.
Tetapi, sekiranya anda ingin mencuba.. apa salahnya.
Lagipun, Chili’s sedang mengadakan promosi terbaru mereka.. “Dinner Special” namanya. Dengan memilih mana-mana combo (Bermula daripada RM35.95 sehingga RM43.95) seperti yang ditawarkan didalam gambar dibawah, pasti ia akan memuaskan hati anda.
Promosi ini bermula dari jam 6 petang setiap hari. Anda boleh pilih sup atau salad sebagai pembuka selera dan akhiri jamuan anda dengan satu scoop ais krim.
Nota: Free kids meal bagi setiap combo yang dipesan, jadi sesiapa yang ada anak dibawah umur 12 tahun.. untung bawa makan disini. Dan.. air, boleh refill ya. Sebanyak mana yang anda suka. 🙂
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini, anda boleh layari laman web Chili’s di www.chilis.com.my ataupun rujuk laman FB dan IG mereka di; www.facebook.com/ChilisMalaysia ataupun www.instagram.com/chilismy.
p.s: Inginkan menjadi yang pertama untuk mengetahui promosi terkini di Chili’s? Sila isikan email anda disini >> Chili’s Mailing List
tak pernah melepak di chilis..sedapnya lahai makanan tu
Pergi la sekali nad. Best oo kek coklat tu
wahhh aiskrim tu bestnyaaaa!
Pagi2 xpa lg aku terbayangkan makanan lazat ni … serius buat aku terliur. Good job kbba..
Aiyooo… aiskrim tuuuuuuuuu… melampau btul ni… nak g chilis mkn aiskrim tu jer semata2… hahaha
Perghhhh…sgt menarik…..nti k.sal try
dulu keje kat kinokuniya klcc, chilis klcc memang sellau penuh je orang, tak penah lagi nak makan kat chilis sebab kalo lalu je orang mmg penuh so pilih kedai lain…
Nampak di gambar sedap-sedap menu makanannya ..rugilah jika tak kesana ….