in

Best Ke Samsung Gear S3?


Dengan kewujudan pelbagai poduk yang lebih canggih dan futuristik, sumbangan terkini Samsung kedalam industri gadget pintar ini adalah menerusi peranti terbarunya iaitu Gear S3.

Peranti ini yang dikemaskini dengan nafas baru bukan sahaja melebihi batasan sesebuah jam analog, namun ia turut memberikan user experience yang lebih menyeronokkan dengan teknologi-teknologinya yang terkini.

samsung-gear-s3

Diluar sebuah bilik, Gear S3 ini mampu melakukan aktiviti-aktiviti lasak dan agresif. Sesuai dengan kepada golongan yang gemar melakukan aktiviti luar.

gear-s3-lifestyle

Dari segi binaan tubuh Gear S3 ini, ia dibina menggunakan stainless steel 316L seperti jam tangan pintar yang lain.

Bezel berputar pula digunakan untuk melakukan navigasi pada peranti yang menggunakan sistem operasi Tizen Wearable 2.3.2 ini, sekaligus membolehkan pengguna untuk tidak perlu sentiasa menyentuh bahagian skrin.

Dari segi paparan antaramuka pula, ia agak mudah. Dengan menekan butang home untuk melihat semua jenis applikasi yang terbina, bezel pula diputar bagi memilih applikasi yang mahu digunakan.

gear-s3-classic_depan

gear-s3-classic_belakang

gear-s3-classic_tepi

Kemaskini terbaru yang sangat berguna di dalam Gear S3 ini apabila ia turut hadir dengan paparan tahap bateri serta anggaran hayat peranti, ruangan storan dan penggunaan RAM. Jadi, tiada masalah lagi bateri habis secara tiba-tiba.

gear-s3-frontier_atas

Tak dilupakan juga, Gear S3 kalis air IP68. Dan pemilik tidak perlu lagi risau ia akan rosak sekiranya terkena air.

Spesifikasi

  • Skrin 1.3″ SAMOLED 360 x 360 Pixel
  • Processor 1 GHz Dua Teras Exynos 7270
  • RAM 768 Mb
  • Internal Storage 4 Gb
  • Kalis Air IP 68 , MIL-STD 810G
  • Bateri 380 mAh (Sokongan pengecasan tanpa wayar)
  • Panggilan telefon melalui Bluetooth
  • Sensor pengimbas nadi, GPS, Barometer, Girometer & Accelerometer
  • Sokongan NFC

p.s: Jualan bermula 8 Disember 2016 dengan harga RM1399. Apa pendapat korang? Yay or Nay?


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

3 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply to Faizal Fredley Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *