Bila badan penat sebab banyak kerja yang perlu diselesaikan, mulalah kepala ligat berfikir bila lah nak dapat bercuti kan. Nak cari tempat yang tenang, tak bising, sambil-sambil tu boleh spare time dengan family. Main kejar-kejar dengan anak, mandi swimming poll. Uuu bestnya. Betul tak?
Well.. kadang-kadang bila keinginan nak bercuti tu datang secara tiba-tiba, keinginan dalam diri tu sebenarnya ada jugak terfikir untuk melancong ke luar negara. Yelah.. nak cari tempat yang sejuk, yang boleh jalan-jalan tanpa keluar peluh. Sambil-sambil tu nak kenal tempat orang kemudian selfie kat tempat-tempat yang picturesque. Bagi penuh gambar dalam Instagram. Syok oo. Hahaha.
Okay.. honestly kalau korang tanya aku tentang tempat yang aku maksudkan, antara tempat yang selalu terlintas difikiran aku untuk melancong ke luar negara adalah Australia. Ya.. Biarpun aku pernah naik flight to Australia dan ber-honeymoon kat sana satu ketika dulu masa baru lepas kahwin, tapi sebenarnya perasaan excited nak kesana tu masih belum lagi pudar. Bila sebut je Australia, terus aku rasa semacam.. Ye, saya nak pergi!! Hahaha
Kalaulah aku ni jenis orang yang berkemampuan kan, rasa-rasanya tiap-tiap tahun bila mulanya cuti sekolah terus aku buka laptop untuk usha Traveloka Promo.
Yela kan, walaupun berduit. Of course lah kita nak cuba minimumkan perbelanjaan serendah yang mungkin kan. Jadi, Traveloka adalah pilihan utama aku sebab ianya bukan saja menawarkan penjimatan untuk ticket flight, tapi diorang juga ada sediakan promo untuk tempahan hotel. Dapat jimat 2 dalam 1 gitu sambil menyenangkan kerja tak payah nak pilih asing-asing. Betul tak?
Haa.. berbalik kepada cerita tentang bercuti di Australia ni rasanya mesti dah ramai yang tahu bahawa Australia ini lebih besar berbanding Malaysia? Dan disebabkan ia sebuah negara yang besar, maka boleh dikatakan tarikan untuk pelancong melancong ke negara ini pun lebih banyak berbanding negara kita. Tarikan yang paling ikonik dan popular adalah disebabkan pelancong nak tengok koala la. Alaa.. Haiwan berbulu kelabu yang comel tu. Kat Malaysia ni banyak yang jumpa hanya patung saja. Tapi for sure.. kalau nak pegang yang real, kena pergi Australia. Hohoho.
Well.. Based on experience, so far aku baru pernah jejakkan kaki ke Australia hanya sekali iaitu ketika bercuti di Gold Coast. Tapi itu dah tentulah cerita dulu, 8 tahun lepas punya cerita. Tetapi kali ini, aku nak bercerita tentang Western Australia pulak. Cadangnya nak kesana, cuma bila tarikhnya tu belum tentu. So, alang-alang dah ada research info sikit-sikit pasal Western Australia, aku abadikan info tersebut dalam blog supaya korang pun boleh baca apa yang aku dah baca.
Ada apa dengan Western Australia?
Okay,untuk makluman semua.. jika ada diantara korang yang tertanya-tanya ada apa yang menarik di Western Australia tu? Haa.. ini aku nak share info sikit. Korang pernah dengar bandar Perth kan?
Ya.. Perth. Untuk pengetahuan korang semua, Perth adalah ibu negeri kepada Western Australia.
Sebenarnya disebabkan Australia ni tanahnya sangatlah besar dimana ia tersenarai sebagai negara ke-6 terbesar didunia, jadi ia dipecahkan kepada 6 buah negeri iaitu Australia Selatan (New South Wales – NSW), Queensland (QLD), Australia Selatan (South Australia – SA), Tasmania (TAS), Victoria (VIC) dan Australia Barat (Western Australia – WA), dan termasuk beberapa wilayah lain termasuklah Wilayah Ibu Kota Australia (Australian Capital Territory – ACT) dan juga Wilayah Utara (Northern Territory – NT).
Jadi, Gold Coast yang aku pernah pergi tu tak termasuk dalam Western Australia ke? Oh tak. Gold Coast tu bukan Western Australia, tapi termasuk dalam negeri Queensland sana nun. Lain tempat. Faham? Okay good.
Disebabkan keterujaan aku untuk bercuti ke Western Australia suatu hari nanti, maka melalui pencarian info yang aku dapat melalui internet, sesungguhnya Western Australia ini dikenali dengan landskap yang menakjubkan (sesuai sangat untuk orang yang suka adventure), maka aku kongsikan beberapa tarikan menarik yang menarik perhatian aku dan mungkin korang juga akan masukkan dalam wish list sekiranya korang berpeluang untuk jejakkan kaki ke Western Australia, seperti:
Ningaloo Reef yang terletak di rantau Gascoyne dan merupakan kawasan terumbu karang terbesar di dunia iaitu sepanjang 300 kilimeter, dimana ia adalah warisan dunia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai salah satu daripada syurga lautan yang terakhir di dunia. Disini juga merupakan kawasan menarik yang membolehkan pengunjung untuk berenang-renang bersama ikan jerung paus, pari lang, paus humpback, dan juga dugong.
The Pinnacles yang mana merupakan salah satu landskap semulajadi yang unik dan menarik di Australia. Mempunyai ribuan batu kapur tinggi yang terbentuk jutaan tahun dahulu hasil daripada tiupan angin dan air di atas kawasan padang pasir. Pemandangan ini sejujurnya merupakan latar belakang yang cukup cantik untuk diambil gambar.
Lake Hillier yang merupakan sebuah tasik yang dipenuhi air yang berwarna merah jambu dan hanya dipisahkan dengan persisiran pantai seluas beberapa meter sahaja dari Lautan Selatan. Lake Hillier adalah salah satu pemandangan luar biasa bagi kebanyakan orang kerana sebelum ini kita sedia maklum bahawa pandangan normal bagi sesebuah tasik adalah air yang membiru. Fenomena menarik ini difahamkan boleh diakses oleh pengunjung dengan menyewa kapal terbang atau bot yang disediakan oleh pengusaha pelancongan yang berdekatan di Esperance.
Blue Boat House,
basically ia adalah sebuah rumah berwarna biru yang dibina diatas laut tanpa ada rumah yang lain. Hanya sebuah rumah ditengah-tengah laut yang dihubungkan ke pantai menerusi sebuah jambatan kayu. Walaupun kelihatan agak membosankan, namun begitu kedudukannya yang strategik iaitu berlatar belakangkan lautan yang membiru membuatkan ia adalah hot spot dan tempat paling instagrammable untuk korang ambil gambar yang cantik. Bagi aku, rumah ini adalah tempat wajib pergi.. tak kisah lah apa orang nak kata, kalau aku pergi ke Western Australia. Ini salah satu lokasi wajib aku tuju. Hahaha.
Tak kurang juga selain daripada aktiviti menikmati pemandangan landskap yang menarik disana, tarikan lain yang termasuk dalam wish list aku untuk diluangkan bersama keluarga termasuklah:
Penguin Island, iaitu sebuah pulau seluas 31 ekar yang terletak di luar pantai berhampiran Perth, kira-kira 660m dari Rockingham. Ia adalah habitat kepada koloni burung penguin yang dianggarkan sebanyak 1200 ekor penguin kecil, justeru direkodkan sebagai populasi burung terbesar di Western Australia. Perairan air laut di sekitar pulau itu membentuk Shoalwater Islands Marine Park sekaligus membuatkan kunjungan pelancong kesini yang teruja untuk beramah mesra dengan burung yang dikategorikan sebagai flightless birds (burung tak boleh terbang)..
Caversham Wildlife Park yang terletak didalam Whiteman Park, merupakan sebuah taman hidupan liar yang menyimpan kira-kira 200 spesis haiwan termasuklah beruang koala, kanggaroo, wombat, penguin, biri-biri, burung unta, rusa, kuda padi dan lain-lain lagi. Menariknya disini selain pengunjung dapat mengenali haiwan-haiwan yang dibela, pengunjung juga boleh bermesra dengan haiwan yang ada. Better daripada pergi zoo yang hanya boleh lihat dari jauh. Dukung koala please!!
The Margaret River Chocolate Company, Swan Valley. Merupakan syurga bagi penggemar coklat seperti aku dan difahamkan ia adalah kilang coklat yang terbesar di Australia. Masuk percuma, dan aku difahamkan kalau masuk kat sini boleh rasa bermacam-macam jenis coklat secara percuma. Benda free guys, memang aku suka. Hahaha. Cuma kena make sure ada alkohol ke tak sebelum makan. Kalau was-was, elakkan. Hee
Lancelin Sand Dunes, tempat untuk berseronok ataupun melayan aktiviti lasak. Tak kisah sama ada dengan rakan-rakan ataupun keluarga. Yang paling penting, tempat sebegini tak semua negara ada. Di Malaysia kalau ada pun, ia terletak di Pantai Klebang, Melaka. Cuma ianya tak cukup thril berbanding Lancelin Sand Dunes. Maka, korang bila sampai disini cari lah puncak yang tinggi dan meluncurlah sepuas-puasnya. Kalau pengunjung tak mempunyai surf board pun tak mengapa. Sampai disana, boleh sewa. Dan jangan lupa sebelum bersuka ria, pastikan korang memakai pelindung mata untuk mengelakkan mata masuk pasir. Kalau pergi siang, pakai sunblock siap-siap. Berdasarkan pengalaman aku yang baru sekali ke Australia, bila kat sana.. awan segan-segan nak keluar. So, direct sunlight dan pancaran UV yang terus ke kulit korang. Kang kulit jadi sunburn.
Last but not least tempat yang best untuk korang pergi sebelum balik adalah Freemantle Markets. Menariknya disini apabila ia dikhabarkan cukup sinonim dengan segala aktiviti penjualan barang-barang cenderahati. Bahkan barang-barang antik, hasil kayu serta barangan kulit juga dijual disini. Haa.. jadi, pada sesiapa yang nak cari gift untuk rakan-rakan atau saudara mara. Pastikan singgah dulu ye.
Haa.. not bad jugak kan Western Australia ni. Kalau ikutkan, ada banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh disenaraikan. Tapi takut korang pulak muak nak baca panjang-panjang. Next time, inshaAllah.. kalau aku rajin, aku sambung dalam entri yang seterusnya.
By the way, satu benda yang aku nak kongsi lagi benda yang aku dah highlight masa diawal entri ini iaitu, kalau korang nak kan penjimatan yang lebih untuk trip melancong korang pastikan korang tempah melalui Traveloka okay. Bestnya Traveloka ini sebabnya promosinya yang berterusan.
So, bergantung kepada kerajinan korang melayari laman web diorang, kalau nasib korang baik dapat lah korang promo yang best-best. Laman web diorang tak lain tak bukan, www.traveloka.com. Pergi usha cepat.