in

Bertanding Sambil Belajar SEO


Susulan contest SEO yang sedang hangat berlangsung. Setiap orang dah menampakkan strategi dan skill masing-masing, semuanya mempunyai tujuan yang sama iaitu mengungguli carian Google.com dalam penggunaan keyword Contest SEO Eridy.

Tips Contest SEO Eridy

Aku? Juga ada strategi. Cuma strategi ini lebih kepada basic strategi yang mungkin korang pernah baca dimana-mana blog lain seperti buat entri backup, share entri di media sosial, minta backlink dari rakan-rakan dan sebagainya.

Tips power SEO?..mana aku ada. Aku cuma blogger picisan.

Dan jika diperhatikan untuk tempoh masa tiga hari ini, kedudukan setiap peserta masih lagi naik turun disebabkan masih ada lagi entri-entri yang baru diindeks oleh Google. Maksudnya disini, masih terlalu awal untuk menjangkakan siapa yang akan terus kekal diatas dan siapa yang akan berada dibawah. Macam-macam boleh berlaku.

Dan sempena Contest SEO Eridy ini dijalankan, ada sesuatu yang membuatkan aku tertarik untuk berkongsi kepada anda semua. Perkongsian ini asalnya daripada seorang rakan blogger yang sememangnya pakar dalam ilmu SEO dan juga pemenang kepada contest SEO Eyriqazz vs Denaihati suatu ketika dahulu. Katanya;

Dalam blogging jika kata nak optimize dalam SEO, kita tidak akan lari dari prinsip “Content is king“. Sampai bila-bila. Ianya adalah antara pengukur beza prestasi web anda berbanding pesaing. Content bukan bermaksud perkataan-perkataan didalam web kita, tapi content yang dimaksudkan adalah apa jua yang ada didalam blog (On-Page SEO). Merangkumi struktur ayat, gambar, prestasi dan susun atur html/css/php/script dan lain-lain.

Content yang baik memudahkan entri anda di SERP lebih mesra untuk berganjak ke kedudukan yang lebih baik selepas mempraktikkan teknik-teknik Off-Page (jika perlu). Ianya sangat jelas membantu sesebuah web bersaing dengan web pesaing yang lebih ber-authority dalam SEO, serta membina dan menguatkan authority. – Forblogger.net

Okay..Faham? Straight to the point saja bukan. Rupanya banyak faktor yang menyumbang kepada kekuatan SEO sesebuah blog, bukan hanya pada penulisan tapi lebih kepada keseluruhan blog itu sendiri. Jadi, sementara pertandingan ini masih diperingkat awal..mari kita kaji semula blog masing-masing. Mana tahu terjumpa mana yang kurang ke.

p/s: Rakan-rakan #TeamWork ( pakcik Sohoque, Anarm, dan Eyriqazz ) dah mula mengorak langkah. Mari kita tengok siapa yang kena.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

22 Comments

Leave a Reply
  1. Seronok belajar SEO.. tapi nak kena banyak berlatih.. Ada contest macam ni memang masa yg sesuai untuk praktikkan ilmu SEO yg dah dipelajari..

  2. bagi aku memang aku tak letak harapan yang tinggi sangat, biar noob tapi ada usaha nak belajar, daripada pung pang2 cerita tapi takde effort untk mmulakan sesuatu pembelajaran..

  3. In Shaa Allah..

    terima kasih atas ilmu yang baharu ni abg HR…

    macam tu rupanya… so yang follow up entry seo yang skrg ni pun salah satu strategi kan?

  4. Contest seo memang bagus untuk ajang belajar seo dan mengukur seberapa besar kemampuan seo kita tapi hati2 dengan teknik yang kita gunakan jangan sampai berlebihan hingga kena penalti google …
    Semoga berjaya, semangat !!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *