Susulan kes amaran senarai hitam tempoh hari, agak terkejut juga aku sebenarnya apabila semakan yang aku buat di ibu pejabat MARA siang tadi menunjukkan nama aku sebetul-betulnya telah berada didalam senarai hitam.
Alasan yang diberikan oleh mereka adalah kerana kegagalan aku untuk membayar pinjaman pelajaran selama 6 bulan berturut-turut seperti yang termaktub dalam perjanjian.
Jadi disebabkan itu bukan sahaja nama aku yang disenarai hitamkan, malah nama-nama penjamin yang terlibat juga turut terkena tempias.
Alahai.. tidak aku sangkakan sama sekali masalah yang sebegini kecil boleh menjadi sebegitu teruk. Puncanya hanya satu iaitu LUPA.
Tapi.. tak mengapa lah. Nasi sudah menjadi bubur, aku anggap sahaja ini semua sebagai pengajaran dan pengalaman kepada aku supaya lain kali lebih berhati-hati.
Nota: Bayaran tunggakan telah dibuat, semua nama yang terlibat pun telah kembali disenarai putihkan. So lepas ini dah boleh sambung semula bayar ansuran bulanan secara normal tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah.
p/s: Korang ada pinjaman yang lupa bayar tak? Jangan lupa semak ye.
Lepas nie kena buat reminder laa bro..
Alhamdulillah dah setel dah… dan Alhamdulillah HR bertanggungjawab gak…. Teringat ayah dulu kene turun naik court sebab anak sedara yg dijaminnya loan MARA lari tak bayar… huhuhu
Alhamdulillah. Dah pinjam kena la bayarkan Nadot. Orang dah bagi kemudahan, kita kena jaga la. Next time mana tahu giliran anak-anak pulak nak buat pinjaman. 🙂
cara nak settle senarai hitam senang sahaja..bayar habis!
cuma nak dapatkan duit nak bayar itu sahaja yang payah
salam,mcm mana nk tau kita da blacklist or belum?mara ada anta surat ke?tq for reply
Wsalam. Ye, mara akan hantar surat ke rumah.
Bro nk tnye…lepas dah byr tunggakan..name kita dalam senarai hitam lg ke..blh keluar negara x…pm blh 0192362672
selamat pagi bro,
sya nak tanya lepas bayar balik tunggakan bayaran balik tuuu, senarai hitam akan pulih kembali ker, or msih jua bgtu smapai kita abis bayar baru dah pulih balik bro…
sya nak tahu sebab sya da jua tertunggak bayaran balik nie, lepas tu dah bagi surat nak kenakan senarai hitam nie…
apa yang perlu sya buat bro…bayar tunggakan kat pejabat mara lepas tuu minta kembalikan senarai hitam dipulihkan kah..
terima kasih..
boleh whatspp kat 0178352237
Lepas buat pembayaran, akan disenarai putihkan semula.. semua dia buat kat kaunter tu terus.
Salam bro, nak tanya. panjang tak cara penyelesaian nya? sebab ibu saya disenarai hitamkan sebab ada anak sedara tak guna.
Bro, nk tumpang tnya, ayah saya tak boleh membuat pinjaman sebab salah seorang adik beradik saya tidak habis membayar pinjaman mara. adakah saya boleh mengguna penjamin lain seperti pakcik saya?
Assalamualaikum, encik, kalau senarai hitam pendahuluan mara bole putihkan balik x lgipun dah habis bayar dah, tp nk apply online pendahuluan mara for degree still kt situ rejected coz black list tp dah habis bayar so xbole apply kali ke-2 ke?
Boleh ke seseorang penjamin yg sdh di blcklist olh phk mara menjadi penjamin bgi program kerjasama jpa-mara?
Saya tak pasti. Tapi seelok-eloknya elakkan daripada guna penjamin yang dah di black list kan.
salam bro..saya pun macam bro jugak..balik je keje ada surat mcm bro..sy nak tye..sy da bayar tunggakan tu via cimb clicks..mara boleh senarai putih balik tak nama saya n penjamin sy kalau sy bayar via cimb clicks?mohon bantuan… 0123432897
Kena double check dengan pihak mara tu bro. Boleh call je diorang dan bagi nombor rujukan bayaran.
Tumpang tanya boleh ke saya nak buat semakan senarai hitam pinjaman perniagaan secara online? kalau ya, mcm mana ye? Sbb saya cuma jumpa semakan utk pinjaman pengajian je. Saya baru nak mohon pinjaman mara utk sambung pengajian tp nama ayah saya dah diblack list sbb sebelum ni ayah saya ada buat pinjaman perniagaan drpd mara. Terima kasih.
Kalo mara dah blacklist nama orang tu, macam mana dengan pinjaman kereta, rumah.. Ada effect tak? Ke kereta, rumah, duit bank semua kena sita….
Tuan,
Saya nak tanya, saya telah menjadi penjamin kepada adik saya, pinjaman Pelajaran MARA. Adik saya sekarang telah bekerja dan mampu untuk membayar semula pinjaman tetapi enggan bayar. Lokasi dan alamat kerjanya serta majikan juga telah berjaya MARA hubungi. Begitu juga peminjam, telah berjaya MARA hubungi tetapi masih juga enggan. Akibatnya MARA telah menyenaraihitamkan nama saya dan adik saya. Kesannya, anak saya yang memohon untuk membuat pinjaman MARA tidak dapat menjadikan saya sebagai penjamin permohonan anak saya.
Bagi membolehkan dan memutihkan nama saya, saya di arah membayar satu per tiga dari pinjaman berkenaan dan saya telah membayarnya. Akhirnya saya berjaya menjadi penjamin kepada pinjaman MARA anak saya.
Pada masa yang sama MARA masih gagal mendapatkan pinjaman balik dari adik saya dan kini MARA kembali menyenarai hitamkan nama saya. Adakah ini sepatutnya yang terjadi?
Ya.. pinjaman yang tidak dibayar (peminjam dan penjamin) akan disenarai hitamkan.
Kenapa disenarai hitam semula? Bukan kah sebelum tu dah disenaraiputih sebab dah bayar 1 per tiga dari pinjaman. Patutnya di lepas terus. Sbb penjamin sudah terima hukuman pun!!!
Mcm mne nk thu nama dh disenarai htm ke x
Hubungi MARA 01115081541
berapa lama ye mara ambil masa untuk brsihkan nama dalam sistem?
saya kecewa sangat… saya tak buat pinjaman apa punss ebelum ni..belajar dah 9a spm. tiba tiba nama ada dalam senarai blacklist..tak tahu kenapa..sedih sangat..apa salah aku