in

Berpesta Halloween di Legoland


Wah bagusnya Legoland. Tiap-tiap bulan ada aktiviti baru. Macam ni lah baru betul, barulah para pengunjung tak cepat jemu. Betul tak?

Seperti yang kita sedia maklum, tarikan utama legoland adalah taman tema yang dikelilingi dengan permainan lego bricks itu sendiri. Disetiap pelusuk, kita dapat melihat setiap statue ataupun replika yang dibina, adalah khas dibuat menggunakan LEGO.

Tetapi seperti yang dimaksudkan seperti diatas juga, tarikan Legoland bukan sahaja bergantung kepada rekaan-rekaan ini semata-mata.

Misalnya, setiap bulan mereka mempunyai tema permainan yang telah dirancang dengan rapi.

Mengimbas kembali memori beberapa bulan lalu semasa aku berkesempatan untuk jalan-jalan makan angin di negeri Johor, tema yang sedang berlangsung adalah Lego Star Wars.

Menarik sangat-sangat bilamana pada masa itu korang dapat melihat pelbagai karekter kostum berlegar-legar didalam taman tema Legoland serta terdapat juga permainan-permainan Lego Star Wars yang menarik untuk dimain.

Berbeza pula dengan bulan ini, tema yang diketengahkan adalah Pesta Halloween.

halloween-party-legoland-malaysia

Cuma.. Malang sekali bagi aku kerana, walaupun aku telah dijemput untuk memeriahkan suasana, tetapi sayangnya aku tidak dapat menghadirkan diri diatas sebab urusan-urusan peribadi yang tak dapat dielakkan.

Namun.. tak pergi bukan bermaksud aku tak boleh nak cerita kemeriahannya dalam blog kan.

Tema pesta halloween kali ini memfokuskan tentang Halloween Party Night. Dua rakan blogger yang berpeluang untuk jejakkan kaki kesana minggu lalu iaitu Lan Careno dan juga Azfar9897, menceritakan tentang keseronokan tema kali ini didalam blog mereka.

parti-halloween-legoland

Bermula daripada jam 4 petang, 16 September sehingga 31 September 2016, korang dah boleh tangkap “hantu-hantu” halloween ini untuk bergambar.

parti-halloween_legoland

drakula-legoland

permainan-halloween-legoland

hantu-comel-legoland

Yang paling mengujakan tentang tema kali ini, waktu beroperasi Legoland dilanjutkan sehingga jam 8.30 malam untuk “Brick-or-Treat Party Night” (Jumaat dan Sabtu sahaja), dan.. kanak-kanak yang memakai kostum halloween juga akan dibenarkan masuk secara percuma.

hantu-di-legoland

legoland-beroperasi-malam

hantu-di-legoland-johor

Terdapat juga kelas dimana anak-anak diajar untuk membuat Magic Cupcakes dan juga Potion Drinks.

Dan satu aktiviti yang wajib korang tunggu dimana setiap hari akan adanya perarakan “hantu-hantu” dan “raksasa-raksasa” yang akan dilepaskan bagi memberi isyarat bermulanya parti halloween. Jadi, masa ini adalah part yang menarik untuk korang rakamkan detik-detik spooky korang. Hantu-hantu, raksasa-raksasa, zombi-zombi banyak berkeliaran. Hahaha.

Nota: Dalam Legoland tu nanti ada 10 pondok halloween. Korang lawat dan buat aktiviti yang zombi arahkan, nanti korang akan dapat goodies daripada pihak penaja seperti Milo, Julie’s, Staedler, Haribo, Ribena, Canon dan lain-lain lagi.

Untuk maklumat lanjut korang boleh rujuk laman web Legoland di www.legoland.com.my.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *