Selesai satu perkara yang dah bertangguh beberapa minggu. Cerita tentang berkhatan bayi lelaki. Kalau dulu daddy berkhatan selepas habis peperiksaan UPSR. Tapi hari ini, sejarah buat Haziq. Seawal usia 5 bulan Haziq dah dikhatankan.
Dalam hati.. Good job boy.. Ini baru betul champion.
Recall balik situasi yang menyebabkan Haziq terpaksa dikhatankan, bilamana semasa Haziq dimasukkan ke wad KPJ disebabkan Jaundice tempoh hari, masa itu doktor ada menerangkan bahawa air kencing Haziq ada infection. Hal ini berlaku disebabkan oleh salur kencingnya yang kecil.
Disebabkan itu, untuk mengelakkan jangkitan yang lebih teruk berlaku di masa akan datang, Doktor Mahani (paed) yang bertanggungjawab, menyarankan untuk Haziq dikhatankan awal. Terangnya lagi, common case apabila berlakunya infection pada salur kencing dan sekiranya tak dikhatankan, berkemungkinan besar apabila meningkat dewasa akan memudaratkan buah pinggang.
Well.. hati mak ayah mana tak risau bila dengar statement doktor macam tu kan.
Dek kerana takut ianya terjadi pada Haziq, daddy decide untuk proceed dengan khatankan Haziq. Sebelum itu pernah juga daddy upkan status di FB bertanyakan pengalaman rakan-rakan yang pernah berkhatan awal atau khatankan anak semasa kecil.
Melalui pembacaan daddy yang agak curious tentang bersunat awal ini juga mendapati, secara puratanya ramai yang berkongsi cerita; i.e di blog, forum dan lain-lain, mengatakan tempoh untuk baby sembuh daripada luka berkhatan ini selalunya singkat. Ada yang 3 hari lukanya kering, tak kurang juga ada baby yang sembuh dalam tempoh seminggu.
Fuu.. Jujurnya seumur hidup daddy, tak pernah lagi ada pengalaman tengok baby berkhatan. Seingat-ingat daddy juga, saudara-mara terdekat pun rasanya semua berkhatan bila usianya dah belasan tahun.
Well, nak bercerita panjang pun tak boleh. Sebab baru je berkhatan.
Cuma apa yang boleh diceritakan, sebelum berkhatan tadi Haziq menangis sekejap je bila dicucuk bius. Mungkin terkejut disuntik jarum tajam. Kemudian, beberapa saat selepas itu dia mula tenang sehinggalah proses berkhatan selesai..
Doktor Hassan, pakar di KPMC yang bertanggungjawab mengkhatankan Haziq menggunakan alat yang dipanggil plastibel untuk potong bebird Haziq.
Menurut beliau, melalui kaedah ini bebird yang dikhatankan tidak perlu dijahit dan lebih sesuai untuk bayi kerana lebihan kulit yang tinggal di pangkal bebird akan diikat dengan tali dan lama-kelamaan ianya akan kering dan tertanggal dengan sendirinya (macam tertanggal tali pusat).
By the way, proses untuk khatankan Haziq selesai tak sampai 30 minit. Sepanjang proses berkhatan, ibu tunggu kat luar je sebab dalam OT hanya dibenarkan seorang penjaga. Lagipun, compare diantara daddy dengan ibu.. ibu hati ada taman sikit. Dia tak boleh tengok Haziq menangis. So, bila dah tahu macam tu awal-awal lagi pesan dia untuk tunggu diluar. Hehehe.
Pantauan penjagaan Haziq bermula selepas tiba dirumah. Sejurus tibanya dirumah, first thing Haziq lakukan adalah menangis yang mana secara tak semena-mena menyebabkan ibu dan daddy panik.
Pada pendapat kitorang, maybe kesan bius dah hilang kot. That’s why dia menangis kesakitan. Tapi, teringat kembali tips yang pernah daddy baca tentang penjagaan bayi yang baru lepas berkhatan, majoriti mengatakan untuk hari pertama memang bayi akan menangis. Either dia tak selesa dengan kondisi bebird-nya yang dah kontot ataupun terasa ngilu apabila kepala bebird bergesel dengan sesuatu.
So, nekad dalam hati cuba tenangkan dia sambil dukung pusing satu rumah. Which is memang percubaan ini berhasil, hinggakan dia terlena bila diletakkan dalam rocker.
p.s: Yang melucukan bilamana Haziq terjaga dari tidur, kitorang memang tak pakaikan dia pampers (supaya luka cepat kering). Tetapi Haziq boleh pula non-stop kencing. Dalam tempoh masa 15 minit, rasanya ada lebih 20 kali Haziq tembak. Ada sekali tu pakej dengan bom (uuk-uuk) betul depan ibu, sekali lagi atas seluar daddy. Hahaha.
p.s.2: Masa di KPMC tadi ada pasangan (suaminya negro) turut bawa anak dia untuk berkhatan. Umur baby dia 1 bulan.
Hoi… gmbar ending tu x perlu kot.. hahahaha siot. Aku tgh imagine ko tgh tunduk ambk gmbr tu…
Itu bukti. Kalau tak orang ingat gua saja ada-adakan cerita bagi jadi lagi sensasi. Hahaha
Hahhaa. Gigih aku baca sampai habis. Last2 tgk pic last. Nasib dah hbs makan.
Sila save buat wallpaper. Kehkehkeh
owh.. dulu pernah minta khatankan anak masa 3 bulan doc cakap baby 30 hari sahaja..
berkhatan awal untuk elakkan penyakit yang memudaratkan. rasanya dah ramai parent yang khatankan anak2 lelaki semasa bayi…good boys haziq
Tak pernah tgk lagi baby berkhatan .. Oo camtu eaa caranya.. ni anak2 plak nak berkhatan kita pulak yang cemas..huhuhu