in

Berjaya Tukar Magnetic Cluch Vios.. Murah Je Sebenarnya


Alkisah magnetic clutch vios aku dah patah dan terpelanting kat atas jalan hari tu, selang beberapa hari (iaitu sabtu lepas) terpaksa aku cari kedai luar untuk tukar barang yang patah tu. Sebabnya kalau pergi service center, kosnya yang terlalu tinggi.

Kau bayangkan tukar magnetic clutch je service center quote aku hampir RM1,000. Itu belum lagi kalau aku decide nak tukar seketul compressor, harga compressor baru siap pasang hampir mencecah RM3,000. Demm.. botak kepala weh. Kena pulak awal-awal tahun baru buka sekolah, memang pening nak cari duit. Hahaha.

Maka disebabkan nak cut cost punya pasal, bantuan Google terpaksa aku gunakan. Google punya google.. at last dapat lah cari 2 bengkel yang feedback nya agak bagus dan cajnya agak murah. Tapi dalam 2 pilihan bengkel yang aku dapat tu, malangnya 1 bengkel di Kajang dah tutup operasi buat sementara waktu (tak sure sebab apa dia tutup.. tapi bila aku whatsapp katanya bengkel tutup sekejap sehingga diberitahu).

Manakala bengkel yang lagi satu, iaitu Suid Auto Service Sdn Bhd.. alhamdulillah buka. Weekend pun dia buka sampai jam 6.00 petang. Dan lokasinya jugak tak ada lah jauh sangat dari rumah aku. Di Seksyen 7 berdekatan dengan Restoran Sup Urat Ketin je.

So, pagi hari sabtu lepas terus aku ke sana dan sangkaan aku ingatkan tak ramai orang. Tapi rupa-rupanya bengkel ni dah macam kaunter drive thru pulak. Sejam pertama aku berada di bengkel Suid.. dah berapa biji kereta dah keluar masuk. Dan semua masalah adalah berkaitan dengan aircond (aircond tak sejuk, aircond ada bunyi, servis aircond dll).

Tapi memandangkan kes aku ni special sikit, jadi kereta aku tak adalah boleh dibaiki dengan tempoh masa yang singkat. Kata pomen, kerja baik pulih mengambil masa lebih kurang 2 jam. Aku okay je setakat 2 jam tu. Lagi pun dalam masa yang sama aku boleh perhati satu per satu pomen tu buat kerja. Tak lah jadi bosan.

So daripada pomen tu buka nat, cabut compressor aircond hinggalah tukar magnetic clutch. Semuanya aku perhati.. dan apa yang aku perasan, pomen yang diamanahkan oleh bosnya untuk repair kereta aku tu, memang buat kerja dengan cermat. Which is good. Zul namanya.. aku suka pomen macam ni.

Aku tanya itu ini dia jawab elok-elok, kemudian apa yang dia tukar pun dia bagitahu apa beza sebelum dan selepas.

Dan kalau korang nak tahu macam mana rupa magnetic clutch yang baru. Ni haa.. yang hitam berkilat tu yang baru. Manakala yang kecik tu yang dah patah. Beza kan?

By the way, magnetic clutch ni antara komponen aircond yang penting untuk buatkan aircond korang rasa sejuk. Magnet ni akan engage – disengage mengikut keperluan sekaligus membuatkan compressor memampatkan refrigerant dengan betul supaya sistem aircond berfungsi dengan baik dan sejuk. Jadi dengan erti kata lain, kalau magnet clutch ni patah atau rosak, memang compressor aircond kereta korang tak akan berfungsi.

Dan untuk penukaran magnetic clutch ni jugak, prosesnya juga melibatkan penukaran refrigerant (gas) dan minyak compressor aircond yang baru. So aku boleh tengok la pomen buat vacuum bagai supaya the whole aircond system clean tanpa ada gangguan bendasing.

Jadi berdasarkan pengalaman aku selama lebih 2 jam aku kat bengkel Suid Auto Service Sdn Bhd ni, dan sekarang ni aircond aku pun dah sejuk macam duduk dalam peti ais.. secara keseluruhannya aku boleh katakan aku puas hati dengan servis yang diberikan. Berkenaan harga baik pulih yang dikenakan aku cuma perlu membayar RM430. Manakala kepuasan dari segi proses membaiki kerosakan dan environment bengkel juga memuaskan hati aku. Bengkel bersih dan pengudaraan cantik.

Seriously, sepanjang aku kat sana tak ada bau rokok. Tak tahu lah sama ada pomen kat sini tak merokok atau pun tak, or mungkin jugak bos diorang dah pesan awal-awal kalau nak merokok, kena duduk luar daripada premis. Mungkin laa.. Heee.

p.s: Suid Auto Service Sdn ni ada banyak bengkel, macam bengkel yang aku pergi ni lebih kearah repair aircond. Tapi kalau nak repair benda lain selain aircond, ada lagi bengkel dia kat Seksyen 7 tu.. korang boleh usha dekat belakang Restoran Red Wok.

Disclaimer: Ini bukan entri berbayar.. aku tulis review jujur.

Aku saja try usha Shopee kot ada jual magnetic clutch ni. Ada rupanya, murah lak tu. Bawah RM100 boleh dapat. Ni haa.. Magnetic clutch vios NCP93. Cuma berani tak berani je la nak beli. Hohoho


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

3 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *