Berjaya Tukar Dan Setup Router ASUS RT-N12HP Untuk UniFi

Stress dengan signal WiFi yang kadang-kadang kuat, kadang-kadang slow bila tengah buat kerja-kerja online dalam bilik, menyebabkan aku membuat keputusan untuk menukarkan default router RG-Innatech RG4332 kepada ASUS RT-N12HP.

Actually, kalau ikutkan ada banyak jenis lagi router-router yang power dan berteknologi tinggi diluar sana, cuma.. dengan bajet sedia ada, hanya router jenis ASUS RT-N12HP yang sesuai untuk dibeli.

Proses penukaran router asal UniFi kepada router ASUS ini sebenarnya mudah saja. Bagi pendapat aku, sekiranya korang bukan daripada background IT sekalipun, jika korang ikut cara setup dibawah.. pasti akan jadi punya.

Cara setup router ASUS RT-N12HP

Untuk proses penukaran router lama kepada router baru, apa yang perlu korang ada hanyalah 2 kabel LAN serta sebuah laptop/pc (yang boleh disambungkan dengan kabel LAN). Menerusi pembelian baru router ASUS ini, korang akan dibekalkan satu kabel LAN didalam kotak, manakala satu lagi kabel LAN.. korang boleh guna je kabel sedia ada yang telah disambungkan kepada router lama UniFi.

Langkah 1

Cucuk kabel-kabel tersebut kepada router ASUS seperti gambar dibawah.

Router ASUS RT-N12HP untuk UniFI

Kabel kuning dicucuk (WAN) disambungkan kepada modem UniFi (set box kelabu dibawah), manakala kabel kuning kelabu disambungkan kepada laptop/pc.

Langkah 2

Kemudian, dengan menggunakan laptop/PC korang.. sila buka browser internet (Internet Explorer/Google Chrome/Safari atau lain-lain) dan taipkan IP ini 192.168.1.1 dibahagian address bar, kemudian tekan Enter.

Tukar router UniFi - ASUS RT-N12HP (1)

Korang akan ditunjukkan dengan laman Quick Setup Wizard, dimana proses akan lebih mudah selepas ni. Klik pada butang “Go“.

Langkah 3

Sekiranya pemasangan router ini adalah kali pertama/baru, korang akan diminta untuk memasukkan kata laluan baru. Masukkan saja kata laluan yang korang inginkan. Kemudian tekan “Next“.

Tukar router UniFi - ASUS RT-N12HP (2)

Sila ambil perhatian, username dan kata laluan ini akan digunakan setiap kali korang ingin mengubah tetapan pada router di masa akan datang. Untuk mengelakkan terlupa, mungkin korang kena buat sedikit catatan. Kang hilang, jadi masalah pulak.

Langkah 4

Seterusnya tetapan internet. Korang perlu pilih PPPoE, diikuti dengan tick () pada special requirement yang kemudiannya korang akan diminta untuk memilih jenis profil ISP (Sila pilih pakej UniFi korang. Kalau UniFi persendirian, sila pilih “Unifi-Home“. Tak kisahlah korang ambil pakej mana sekali pun).

Tukar router UniFi - ASUS RT-N12HP (3)

Langkah 5

Masukkan username ( *****@unifi) serta kata laluan untuk akaun UniFi korang. Tekan “Next“.

Tukar router UniFi - ASUS RT-N12HP (4)

Default password ialah 123456. Tetapi sekiranya salah ataupun korang tak pasti atau tak tahu kata laluan yang betul, sila call TM di talian 100 untuk dapatkan password yang betul.

Langkah 6

Langkah berikutnya adalah menetapkan SSID (network WiFi) korang. Korang boleh letak apa saja nama yang korang nak, sebagai contoh aku letak *****@unifi. Tetapi kalau korang nak letak nama kucing ke, arnab ke, tikus ke.. tak jadi masalah. Dibahagian Network Key, korang masukkan kata laluan yang ingin ditetapkan.

Tukar router UniFi - ASUS RT-N12HP (5)

Kemudian tekan “Apply“.

Sekiranya semua tetapan dilakukan dengan betul, korang akan dilencongkan kepada laman seperti dibawah dimana segala rumusan tetapan akan dipaparkan.

Tukar router UniFi - ASUS RT-N12HP (6)

Sila ambil perhatian, tetapan diatas masih menggunakan default DNS TM. Sekiranya korang nak tukar DNS tersebut kepada Google Public DNS, OpenDNS ataupun yang lain-lain, sila pergi ke bahagian tetapan LAN dan masukkan primary DNS pada DHCP Server > DNS Server dan “Apply“.

Tukar router UniFi - ASUS RT-N12HP (7)

Yeay! Siap sudah. Tak susah pun kan.

Setup ASUS router UniFi
Kecil, ringan sikit daripada router standard UniFi. Ada tanduk 2 batang. HyppTV tak cucuk lagi, jarang tengok. Hehehe
UniFi Speed Test-ASUS Router RT-N12HP
Dari atas: 1. Ruang Tamu, 2. Bilik bawah belakang, 3. Bilik atas depan, 4. Bilik atas belakang

Selepas penukaran router dibuat, ternyata ada perubahan yang ketara dari segi speed WiFi. Kalau sebelum ni dalam bilik payah nak cecah 4Mbps, tetapi aku test tadi senang-senang je boleh cecah 4Mbps+ (siap dengan tutup pintu bilik + Khair layan Youtube kat sebelah aku). Small investment, worth every penny.

p.s: Cecah 4Mbps sebab aku pakai UniFI VIP 5 je. Hehehe.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

11 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply to Hafiz Rahim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *