Stress dengan signal WiFi yang kadang-kadang kuat, kadang-kadang slow bila tengah buat kerja-kerja online dalam bilik, menyebabkan aku membuat keputusan untuk menukarkan default router RG-Innatech RG4332 kepada ASUS RT-N12HP.
Actually, kalau ikutkan ada banyak jenis lagi router-router yang power dan berteknologi tinggi diluar sana, cuma.. dengan bajet sedia ada, hanya router jenis ASUS RT-N12HP yang sesuai untuk dibeli.
Proses penukaran router asal UniFi kepada router ASUS ini sebenarnya mudah saja. Bagi pendapat aku, sekiranya korang bukan daripada background IT sekalipun, jika korang ikut cara setup dibawah.. pasti akan jadi punya.
Cara setup router ASUS RT-N12HP
Untuk proses penukaran router lama kepada router baru, apa yang perlu korang ada hanyalah 2 kabel LAN serta sebuah laptop/pc (yang boleh disambungkan dengan kabel LAN). Menerusi pembelian baru router ASUS ini, korang akan dibekalkan satu kabel LAN didalam kotak, manakala satu lagi kabel LAN.. korang boleh guna je kabel sedia ada yang telah disambungkan kepada router lama UniFi.
Langkah 1
Cucuk kabel-kabel tersebut kepada router ASUS seperti gambar dibawah.
Kabel kuning dicucuk (WAN) disambungkan kepada modem UniFi (set box kelabu dibawah), manakala kabel kuning kelabu disambungkan kepada laptop/pc.
Langkah 2
Kemudian, dengan menggunakan laptop/PC korang.. sila buka browser internet (Internet Explorer/Google Chrome/Safari atau lain-lain) dan taipkan IP ini 192.168.1.1 dibahagian address bar, kemudian tekan Enter.
Korang akan ditunjukkan dengan laman Quick Setup Wizard, dimana proses akan lebih mudah selepas ni. Klik pada butang “Go“.
Langkah 3
Sekiranya pemasangan router ini adalah kali pertama/baru, korang akan diminta untuk memasukkan kata laluan baru. Masukkan saja kata laluan yang korang inginkan. Kemudian tekan “Next“.
Sila ambil perhatian, username dan kata laluan ini akan digunakan setiap kali korang ingin mengubah tetapan pada router di masa akan datang. Untuk mengelakkan terlupa, mungkin korang kena buat sedikit catatan. Kang hilang, jadi masalah pulak.
Langkah 4
Seterusnya tetapan internet. Korang perlu pilih PPPoE, diikuti dengan tick (√) pada special requirement yang kemudiannya korang akan diminta untuk memilih jenis profil ISP (Sila pilih pakej UniFi korang. Kalau UniFi persendirian, sila pilih “Unifi-Home“. Tak kisahlah korang ambil pakej mana sekali pun).
Langkah 5
Masukkan username ( *****@unifi) serta kata laluan untuk akaun UniFi korang. Tekan “Next“.
Default password ialah 123456. Tetapi sekiranya salah ataupun korang tak pasti atau tak tahu kata laluan yang betul, sila call TM di talian 100 untuk dapatkan password yang betul.
Langkah 6
Langkah berikutnya adalah menetapkan SSID (network WiFi) korang. Korang boleh letak apa saja nama yang korang nak, sebagai contoh aku letak *****@unifi. Tetapi kalau korang nak letak nama kucing ke, arnab ke, tikus ke.. tak jadi masalah. Dibahagian Network Key, korang masukkan kata laluan yang ingin ditetapkan.
Kemudian tekan “Apply“.
Sekiranya semua tetapan dilakukan dengan betul, korang akan dilencongkan kepada laman seperti dibawah dimana segala rumusan tetapan akan dipaparkan.
Sila ambil perhatian, tetapan diatas masih menggunakan default DNS TM. Sekiranya korang nak tukar DNS tersebut kepada Google Public DNS, OpenDNS ataupun yang lain-lain, sila pergi ke bahagian tetapan LAN dan masukkan primary DNS pada DHCP Server > DNS Server dan “Apply“.
Yeay! Siap sudah. Tak susah pun kan.


Selepas penukaran router dibuat, ternyata ada perubahan yang ketara dari segi speed WiFi. Kalau sebelum ni dalam bilik payah nak cecah 4Mbps, tetapi aku test tadi senang-senang je boleh cecah 4Mbps+ (siap dengan tutup pintu bilik + Khair layan Youtube kat sebelah aku). Small investment, worth every penny.
p.s: Cecah 4Mbps sebab aku pakai UniFI VIP 5 je. Hehehe.
Eloklah tu…. Boleh stup sendiri… Sekurang-kurangnya dapat jimatkan kos upah…
Boleh rekomen pada bos, internet di pejabat ni segan segan selalu…
Berapa harga dia tuan..
Beli kat lowyat RM209
Thanks for tutorial ^^
Saya ada beli wifi smartfren …..sinyalnya pun cukup kuat juga ….
Assalam tuan, kalau tuka TM DNS kpd Google DNS ada effect dekat hypptv tak?
Takde effect
terima kasih tuan
Aku pun terfikir nak tukar juga router… stress asik terputus atau tiba-tiba je jadi slow
baru terfikir nak tukar router.
gobek-gobek google..jumpa artikel yg memang akan banyak membantu.
thank Abam Hafiz
Ada ambik upah pasang ke tuan?
Takde tuan. Setup sendiri-sendiri je ni.
Encik Hafiz, Tumpang bertanya. Bagaimana boleh saya setup Asus RT-N12HP sebagai router ke ZTE H267A Unifi? Terima kasih atas bantuan.