Teringin punya pasal weh nak makan Salted Egg Buttermilk Chicken, terpaksa masak sendiri sebab nak makan kat kedai.. mana boleh pergi kan sepanjang PKP ni. Makanya, semalam tag team dengan wife untuk masak menu ni.
Google punya Google, jumpa la menu yang nampak menarik. Tapi bila dah makan, rasanya not bad gak la kan. Ada gaya chef hotel yang masak. Hahaha.
By the way, kalau korang nak try masak jugak.. mudah je. Boleh follow resepi dibawah. Ini step by step yang actual punya aku dan wife buat semalam. Hopefully kalau korang try, rasanya sama la dengan apa yang kitorang masak kan.
Bahan-bahan yang diperlukan
- 6 biji telur masin (elok asing siap-siap kuning dengan putih)
- 1 cawan tepung jagung
- 1/2 cawan tepung biasa
- 500 gram ayam potong kecil-kecil
- 4 sudu besar planta
- 3 biji cili padi dipotong kecil-kecil (kalau nak lebih, tambah la cili. tapi 3 biji pun dah rasa pedas)
- 3 ulas bawang putih dicincang halus
- 1 tin susu cair
- sedikit daun kari
Cara-cara untuk menyediakannya:
1. Kukus 6 biji kuning telur masin sahaja sehingga masak.
2. Dalam satu mangkuk, campurkan 1 cawan tepung jagung dan 1/2 cawan tepung biasa. Gaul sehingga rata. Kemudian masukkan 2 biji kuning telur masin yang telah dikukus tadi, gaul guna tangan pulak sehingga sebati.
3. Mula-mula salut ayam yang dipotong kecil-kecil tu dengan campuran tepung. Selepas itu celup ke dalam putih telur masin, kemudian salutkan lagi sekali dengan campuran tepung tadi.
4. Goreng ayam yang dah disalut tadi sehingga warna keperangan.
5. Dalam satu kuali, masukkan 4 sudu besar planta, 3 ulas bawang putih yang dicincang halus, 3 biji cili padi dipotong kecil dan beberapa helai daun kari. Tumis semua ni sehingga naik bau wangi.
6. Masukkan 1 tin susu cair dan baki 4 kuning telur masin (hancurkan dulu). Kacau sehingga sebati.
7. Bila dah nampak kuah tu mendidih, masukkan ayam goreng dan kacau hingga rata.
Yeay.. Salted egg buttermilk chicken siap. Makan panas-panas sedap ni weh. Yummy. Hebat tak? Hebat tak? Hee
Lama x buat .. nnt nak jugak buat 😝
Tak pernh buat salted egg lagi.. Sellau buat butter je.. Boleh try
Wah hebat! Lengkap seyh.
Sedapnya… Lama dah tak masak gini.
Tapi dulu kita pakai tepung salted egg instant jer… Hahaa
Nak beli tak tahu katne. G kedai aceh je beli telur masin. Hahaha
Selalu juga masak salted egg. Feveret resepi ni.
wow hebatnya ….memang sejap pkp ni ramai yg nak cuba pelbagai resepi ..good job bro
Salted egg one of favourite tapi tak pernah masak sendiri sebab laki bini tak minat sgt telur masin, so stock kat rumah tak der. Lebih kurang buttermilk chicken la kn
aah.. betul. sekali sekala ok la ni. Kalau selalu, muak gak
sedapp. salted egg buttermilk.. rasa lemak2 pedass
Sedapnya nampak makanan time-time gini.
sedapp. salted egg buttermilk.. rasa lemak2 pedass