Berdua Dengan Haziq Ke Boomerang Holiday Party


Hari minggu lepas, wife kena masuk office untuk buat kerja tambahan. Aku macam biasa bila dah digelar suami mithali, layankan aje.. Anak? Biar aku handle. Lagipun, bukan susah pun nak jaga anak ni. Kalau ada orang kata kaum ayah susah nak jaga anak, itu pembohong. Anak-anak kalau dengan ayah, perangai diorang lebih cool dan dengar arahan. Tak caya, cuba la jaga. Hahaha.

Tapi memandangkan pada hari yang sama Khair balik kampung dengan nenek dia atas alasan menghadiri jemputan kenduri kahwin. So, tanggungjawab aku untuk jaga Haziq sorang je jadi lebih mudah.

Dan lebih mudah, bila pada masa yang sama ada kawan jemput aku untuk join party kanak-kanak di Blokke Cafe, Citta Mall.

Party apa tu?

Party Boomerang.

Korang tahu Boomerang tu apa?

Well.. Boomerang ni bukan nama orang. Kalau nama orang, peliknya orang tu. Hahaha. Tapi Boomerang ni sebenarnya adalah channel kartun. Kalau korang ada langgan Unifi TV kat rumah.. korang boleh tune in ke channel 555. Haa.. itu lah channel kartun nya.

Dan sempena dengan celebration party tu ada la aktiviti makan-makan dan permainan kanak-kanak sikit. Pastu ada jugak rakaman untuk dimuatkan ke program tv diorang. So, boleh kata quite fun jugak la especially bila ada ramai kanak-kanak yang lain.. Haziq jadi happy dan super excited. Tak padan dengan kecik nak join abang kakak yang lain nak main sama-sama. Hahaha.

Dalam 4 jam aku lepak kat situ layan bagi Haziq main sambil aku duduk pantau dia. Ada sekali sekala aku join aktiviti yang ada macam buat DIY craft, lepas tu bila dah sampai masa wife nak balik kerja.. aku minta diri dulu.

Dengan keadaan Haziq yang dah penat bermain. Bila masuk dalam kereta je, bancuh susu sebotol.. bagi dia minum, tak sampai 5 minit terus lena.

Hehehe. Haa.. siapa kata jaga anak susah?

p.s: Cuma sepanjang 4 jam tu 2 kali Haziq berak. Entah bila dia membuang pun aku tak pasti. Sedar-sedar je datang dekat bau bucyuk. Hahaha



1 KOMEN

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini