in ,

Bercuti Di Kuala Lumpur Dengan Traveloka


Okay, hari ni mood nak berkongsi cerita pasal cuti-cuti malaysia. Destinasi yang nak aku cadangkan hari ni ialah Kuala Lumpur Malaysia kebanggaan kita. Well.. seperti yang umum tahu, Kuala Lumpur adalah bandar utama dalam Malaysia dan semua orang kenal even sampai ke luar negara sekalipun.

Ingat lagi tak bila KLCC dinobatkan sebagai bangunan tertinggi di dunia pada tahun 1998?

Selama 6 tahun rekod tu kekal sebagai bangunan tertinggi dan hingga sekarang masih lagi merupakan menara berkembar tertinggi di dunia. Jadi, kita patut rasa bangga dengan apa yang kita ada.

Mungkin pada korang common sangat dah bandaraya KL ni. Tapi kalau korang nak tau.. sebenarnya KL ni lah yang merupakan syurga dunia. Jap.. jap.. jangan fikir yang negatif saja ye, yang positif pun banyak. Actually, banyak je tempat yang korang boleh pergi dan enjoy secara positif.

Tempat-tempat menarik dan aktiviti di Kuala Lumpur

First of all, kalau nak bercuti.. memang aku sarankan untuk korang buat checklist dulu sebelum keluar bercuti. Sebabnya, supaya memudahkan percutian korang nanti. Bergantung kepada aktiviti yang korang suka, dekat Kuala Lumpur ada banyak tempat dan macam-macam aktiviti korang boleh buat.

Bagi yang minat sejarah, ada banyak tempat bersejarah seperti Dataran Merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad, Tugu Negara, Muzium Negara, Muzium Kesenian Islam dan Muzium Bank Negara. Nak lagi best, datang bercuti waktu sambutan kemerdekaan. Setiap tahun Dataran Merdeka mesti penuh dengan orang ramai dan perarakan badan-badan beruniform kerajaan. Memang best!

Yang suka bershopping pula? Hmm.. Kuala Lumpur ni memang lubuk. Daripada barangan branded hinggalah ke barangan yang murah.. semua ada. Barang-barang berkualiti dan berjenama korang boleh cuci mata di Suria KLCC, Pavilion, The Garden, Midvalley, Starhill, Lot 10 dan banyak lagi shopping mall yang berdiri gah di sekitar bandaraya Kuala Lumpur Malaysia.

Manakala kalau korang nak membeli-belah secara bajet pula, korang boleh pergi ke mall yang menjual barangan secara borong seperti di Plaza GM, Kenanga Wholesale atau mencari di bazar dan uptown seperti Petaling Street dan Jalan Masjid India. Tapi.. sila hati-hati. Jika korang ke Petaling Street, jangan buat tawar-menawar dan kemudian korang tak beli. Memang cari nahas.

Kepada mereka yang cintakan alam semulajadi, Kuala Lumpur juga mempunyai taman-taman rekreasi seperti Taman Tasik Perdana, Taman Burung ataupun korang boleh pergi ke Aquaria KLCC untuk melihat pelbagai jenis hidupan laut.

aquaria_4

Kuala Lumpur juga banyak taman-taman tema untuk hiburan keluarga. Sesuai sangat lah kalau korang bawak anak-anak.. ada yang indoor macam Cosmo World Berjaya Times Square dan juga outdoor macam Desa Waterpark ataupun Sunway Lagoon.

Banyak kan tempat-tempat menarik di KL ni? Datang berkali-kali pun korang masih boleh buat aktiviti yang berlainan.

Book Flight dan Hotel dengan Traveloka

Selepas korang dah decide apa aktiviti korang nak buat sepanjang bercuti di KL nanti, korang boleh lah book flight dan hotel di Kuala Lumpur melalui www.traveloka.com/en-my/.

Traveloka

Klik dekat tab Flight Tickets untuk cari flight ke KL (bagi yang duduk di luar Kuala Lumpur) atau tab Hotels untuk terus cari hotel in Kuala Lumpur yang bersesuaian.

List hotel in KL akan keluar untuk korang pilih. Yang menariknya korang boleh tahu berapa banyak pilihan yang ada.

Carian hotel murah Kuala Lumpur_Traveloka

Korang boleh susunkan mengikut harga yang paling rendah, review dan popularity. Kemudian korang juga boleh filter-kan mengikut budget korang atau facilities hotel in KL yang korang mahukan untuk memudahkan pencarian.

Selesai pilih dan isi maklumat penting korang, pembayaran boleh dibuat melalui internet banking atau kredit kad yang mana kemudiannya korang akan menerima e-voucher. Kegunaan e-voucher ini nanti untuk korang tunjukkan pada pihak hotel sewaktu proses check-in. Prosedur yang sama bila korang beli tiket flight, pembayaran tiket flight dan hotel adalah berasingan dan e-tiket akan dihantar ke email yang korang daftarkan.

Untuk makluman, Traveloka ini juga mempunyai applikasi telefon pintar yang memudahkan korang membuat tempahan. Dari segi kelebihan, ianya lebih cepat dan memudahkan korang untuk membuat tempahan pada bila-bila masa. Tak percaya, cubalah download.

Nota: Tips terakhir, lagi 2-3 hari korang nak bercuti tu, jangan lupa untuk check tiket penerbangan dan penempahan hotel supaya tiada masalah sewaktu tibanya hari bercuti. Hehehe.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

8 Comments

Leave a Reply
  1. bercuti tak semestinys kena pergi tempat jauh-jauh..tambahan pula ada anak yang semakin membesar ni. yang penting quality time dengan family. tercari jugak hotel yang berbaloi di KL untuk short weekend gateway,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *