in ,

Terujanya Berbuka Puasa Di Buffet Ramadan Grand Dorsett Subang


Setiap buffet Ramadan mempunyai tarikannya yang tersendiri, tapi tak dinafikan trend berbuka puasa di buffet Ramadan Malaysia, tak sah kalau tak ada kambing golek. Betul tak?

Macam Dorsett Grand Subang yang aku pergi semalam juga lah, kambing golek antara tarikan utamanya selain nasi beriani gam yang bila korang tengok dalam gambar dibawah je pun, dah.. phewww.. menyelerakan sungguh. Hohoho.

Nasi Beriani Gam

Seawal jam 6 petang, menu dah disediakan di Terazza Brasserie Dorsett Grand Subang ini, dengan harga RM165 nett bagi seorang dewasa, RM132 nett untuk warga tua manakala RM83 nett bagi kanak-kanak, walaupun harga yang ditawarkan adalah agak sedikit tinggi akan tetapi ianya adalah pilihan yang menarik.

Kenapa aku kata sebegitu?

Ini kerana sajian yang dihidangkan, MashaAllah.. bila aku lihat satu per satu, tangan rasa ringan nak ambil semua. Hahaha.

Lauk-lauk yang pelbagai dengan presentation yang menarik, pilih je nak makan apa. Ratah lauk saja pun boleh, nak laukkan dengan nasi pun boleh.

Acar buah

Ayam goreng

Baked potato

Ikan masin!!!

Kerabu mangga

Kerabu perut

Kerabu sotong

Sambal belacan!!

Ini namanya nasi hujan panas. Berwarna-warni. Cantik. Siapa tak pernah makan, angkat tangan? Hee

Ingat kat hotel tak ada tempoyak dan budu ke?

Kebab

Roti john

Kat sini untuk order mee.. masak panas-panas.

Goreng pisang, ikan bakar, kerang rebus.. pun hado!

Kat stesen ni wajib korang jenguk kalau korang suka sup gear box. Besar-besar wehhh!

Tertanya-tanya air apakah yang dihidangkan? Kat sini ada bermacam-macam jenis air. Sama ada air sejuk ada, air panas pun ada. Pilih mana satu yang nak, free flow.. minum sampai puas.

Bersesuaian dengan harga pakej buffet ini juga, seating arrangement disini disediakan dengan lebih teratur. *Untuk indoor seating korang ada aircond. Manakala, korang yang sukakan udara luar.. outdoor seating terletak dibawah khemah besar dan disediakan portable air cooler.

Dan part yang paling mana aku suka jika pergi ke buffet Ramadan se-eksklusif seperti ini, apabila semasa hendak mengambil juadah berbuka, tetamu yang hadir tidak perlu berebut-rebut. Everything is smooth dan tenang.

Ini pengat pisang.

Ini bubur gandum.

Ini pula bubur pulut hitam.

Pencuci mulut!!

Kuih-kuih tradisional. Cuba teka nama kuih ni?

Jeruk-jeruk dan salad.

Desserts lagiiii.

Dan aiskrim.. boleh kata memang menu wajib mana-mana buffet Ramadan la kan.

Menambah lagi seri suasana berbuka puasa disana apabila tetamu turut dihidangkan dengan nyanyian daripada live band. Tak dilupakan juga aksi pekerja hotel yang membuat aksi-aksi lucu ketika menyediakan aiskrim tumbuk (Turkish Ice Cream).

Well, honestly jika ditanya sama ada berbuka puasa di buffet Ramadan Dorsett Grand adalah satu kenangan yang menyeronokkan ataupun tidak? Of course, memang ianya adalah salah satu tempat buffet Ramadan yang menarik untuk dicuba kerana disamping makanannya yang enak-enak belaka, hospitality yang diberikan juga adalah terbaik.

Untuk makluman, sebarang tempahan boleh dibuat melalui panggilan telefon ke 03-50316060 ataupun email ke bookfnb.subang@dorsetthotels.com.

Nota: Untuk group booking, korang akan dapat special rate iaitu RM113 nett untuk seorang dewasa, dengan syarat booking tersebut adalah untuk 30 orang ke atas.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

3 Comments

Leave a Reply
  1. Heavennya kalau dapat bersama famili disitu. Seminggu sebelum raya baru saya akan balik ke kampung. Selamat berpuasa admin

  2. Perggghhhh… menu dia. Nih kalo da mkn kompom menyandor.. hahahah..

    Untong laa dpt merase brbuka kt sn.. rezeki ank n fmly ye. 😄

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *