Berbuka Puasa Dengan Buffet Ramadan Di Forest City Phoenix Hotel

Tawaran menarik sempena Ramadhan untuk warga Johor dan juga mereka yang berhajat untuk ke negeri JDT ini.. Rancanglah hari anda untuk berkumpul bersama yang tersayang di Country Garden Chinese Restaurant yang berkonsepkan makanan cina di Forest City Phoenix Hotel, Gelang Patah.

Bersedia untuk menikmati makanan yang enak-enak dengan pelbagai hidangan klasik tempatan dan antarabangsa bersempena dengan kempen terbaru mereka iaitu “Makan-Makan, Forest Feast!“.

Dari mula matahari terbenam, anda boleh menikmati pelbagai hidangan yang lazat, antaranya ialah Charcoal Grilled Lamb Leg yang dibakar dengan rempah ratus istimewa, udang masak petai dan satay enak yang dihidangkan bersama curahan kuah kacang beserta timun, bawang dan ketupat nasi.

Seawal tempoh anda menjamu selera disana, anda turut boleh berhibur dengan menyaksikan chef-chef mereka menyediakan hidangan di stesen-stesen memasak secara langsung dan dalam masa yang sama juga menikmati hidangan yang fresh dan panas.

Acara makan-makan anda tidak sempurna selagi tidak dipadankan dengan pencuci mulut yang sedap. Di penghujung acara makan-makan, anda boleh mengisi baki ruang kosong di perut dengan menikmati durian yang berkualiti tinggi, disamping disediakan juga barisan pencuci mulut yang lain seperti tart mini dan kuih-kuih tradisional tempatan.

The “Makan-Makan, Forest Feast!” Berharga RM128 + setiap orang dewasa dan RM65 + setiap kanak-kanak. Kanak-kanak di bawah umur 4 tahun makan percuma. Promosi ini beroperasi setiap hari dari 17 Jun hingga 20 Jun 2017.

Untuk memastikan anda dan orang tersayang dapat menikmati buffet Ramadan ini dengan harga yang istimewa, Forest City Phoenix Hotel menawarkan harga early-bird semurah RM108+ untuk setiap dewasa (promosi harga asal adalah RM128+), RM58+ untuk setiap kanak-kanak (promosi harga asal adalah RM65+), manakala untuk mereka yang berumur dibawah 4 tahun adalah PERCUMA.

Promosi harga asal ditawarkan setiap hari bermula daripada 17 Jun hingga 20 Jun 2017. Manakala untuk harga early-bird, ianya sah sehingga 14 Jun 2017 sahaja.

Untuk membuat tempahan, anda boleh menghubungi pihak hotel ditalian 07-5053333.

Mengenai Country Garden Chinese Restaurant, Forest City Phoenix Hotel

Hotel ini terletak di barat daya Johor, Malaysia. Ia dikelilingi Selat Johor yang memisahkan Johor dan negara jiran, Singapura. Sebagai hotel kelas pertama yang ternama, Forest City Phoenix Hotel turut mewujudkan oasis tenang di tengah-tengah bandar yang sibuk.

Melalui konsep itu, Forest City Phoenix Hotel ini yang menggabungkan keunikan budaya tempatan sekaligus memberikan pemandangan yang menarik kepada pelanggan yang datang untuk menginap.

Hotel ini mempunyai 283 buah bilik yang luas dan selesa dengan kepelbagaian perabot yang berkualiti tinggi dan bergaya. Melalui infrastruktur yang disediakan, anda akan selesa berada disini sepanjang masa tanpa meninggalkan bilik.

Ia menawarkan pelbagai kemudahan rekreasi dengan reka bentuk yang unik, selain turut juga menawarkan 2 tempat berbeza untuk beristirehat sambil menikmati makanan-makanan dan minuman yang enak ditawarkan oleh mereka.

Tidak dilupakan 3 pilihan ruangan untuk anda berdiskusi ataupun mengadakan mesyuarat, iaitu Dewan Persidangan Johor (Johor Conference Hall), 2 buah bilik mesyuarat, serta gimnasium dan Infinity Swimming Pool.

Untuk tempahan ataupun sebarang pertanyaan lanjut mengenai hotel Forest City Phoenix Hotel, anda boleh menghubungi pihak mereka di talian 07-5053333 ataupun boleh menghantar e-mel ke forestcityphoenixhotel@gmail.com. Untuk tawaran dan promosi terkini, anda boleh mengikuti laman sosial mereka:

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

9 Comments

Leave a Reply
  1. wow menarik..tk pernah smpai sana lagi walaupun orang johor . hahaha tapi g forest cty dh pernah la. dulu swimming pool open for public..skrg dh tutup . hekhek.. nti leh la pi sana …… tggu timing yang ok . alaa tkde diskaun bauchar ke tuk lisa pembaca setia bampih hekhek

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pening Kepala Nak Cari Pengasuh

Serius Best Dapat Berbuka Puasa Di FamilyMart