Dah jadi habit aku kalau nak pergi ke mana-mana, wajib aku akan Google dulu bagaimana keadaan ataupun review sesuatu tempat yang bakal aku jejaki.
Bangi Wonderland, salah satu daripadanya.
Tak terlepas daripada negative feedback pengunjung-pengunjung yang dah pernah berkunjung kesana, memang aku dapat lihat di hasil carian Google, banyak blog yang mengatakan taman tema ini adalah sekadar indah daripada rupa.
Tapi..
Bukan sikap aku yang suka judge sesuatu benda tanpa usul periksa.
Hari ini, bertemankan isteri, Khair dan rakan-rakan KBBA9, aku meluangkan masa bersama mereka untuk menghabiskan cuti-cuti hujung tahun.
Seawal jam 9.30 pagi dah tercegat dihadapan kaunter tiket, memang tak dinafikan ramai yang datang berkunjung kesini bertujuan untuk bersuka-ria bersama keluarga tersayang.
Tiket untuk seorang dewasa berharga RM58. Kanak-kanak diatas ketinggian 130cm berharga RM48. Warga emas atau golongan OKU, diskaun 50%. Manakala untuk kanak-kanak dibawah ketinggian 90cm, dibenarkan masuk secara percuma.
Bagi aku, itu dah dikira sebagai standard price untuk mana-mana taman tema. Consider masih boleh diterima akal, lagipun kita bukannya nak ke sana hari-hari kan. Only once in a while bila ada cuti panjang, ataupun mungkin hanya akan datang kesini lagi selepas beberapa tahun yang akan datang.
Antara aktiviti yang korang akan dapat lihat dan rasai pengalamannya sendiri apabila melepasi pintu masuk Bangi Wonderland ini, apabila disediakan permainan-permainan yang secara peribadinya bagi aku ianya sangat menyeronokkan.
Gelongsor air – Tak seperti yang dicanangkan secara negatif di laman-laman sosial sebelum ini.. Apabila,ketika aku bermain disini.. gelongsor-gelongsor airnya cukup menyeronokkan dan dipenuhi dengan air. Not even once pun aku “terlekat” atau terpaksa berjalan kaki diatas gelongsor air. Malah boleh aku katakan.. setiap kali aku naik turun berkali-kali untuk bermain gelonsor, memang smooth je peluncuran aku.
Sampaikan Khair dah terlalu suka bermain disitu, hinggakan berkali-kali dipaksanya aku turun dan tinggalkan dia supaya dia dapat bermain gelongsor air secara sendirian (rasanya berbelas kali diajaknya repeat main gelongsor air ni). Tapi aku tak biarkan dia bermain keseorangan, tetap juga follow sekali. Hahaha.
Kemudian, di Pirate’S Bay dimana ramai orang yang bermain dengan ombak-ombak tiruan.
Di sini aktiviti yang sangat sesuai untuk melatih water confidence anak-anak – Khair dengan selamba je berenang-renang dengan pelampung.. Mula-mula, aku ingatkan dia takut nak mandi tempat-tempat macam ni).
Di laluan Typhoon River pula, kalau korang ada pelampung besar dia akan bergerak dengan sendirinya (ditolak oleh ombak tiruan).
Next, kalau korang rasa badan dah agak-agak kering. Korang boleh pergi berdiri ramai-ramai dibawah “baldi” besar. Tunggu sekejap, kemudian.. Busshhh.. Korang akan dijirus dengan sebaldi air yang super banyak. Boleh basah lencun sekelip mata. Ahaks.
By the way, sebelum terlupa.. Kalau korang rasa lapar setelah berpenat-lelah bermain air, cafe memang dah tersedia ada.
Cuma, don’t expect the price would be the same macam korang beli kat luar la kan. Kombo nasi putih lauk gulai ayam, campur sayur sikit beserta dengan soft drink harganya dah RM12. Jadi dinasihatkan bila korang datang kesini, sila standby duit lebih sikit.
Locker turut disediakan dengan 3 pilihan. Iaitu kecil, sederhana dan besar. Sekiranya korang bercadang untuk ambil locker, deposit RM10 diperlukan. Yang mana setelah habis korang bermain dan nak balik nanti, deposit itu akan dipulangkan semula setelah electronic wristband dikembalikan.
So, overall experience aku sekeluarga ke Bangi Wonderland ini, ianya menyeronokkan dan memuaskan hati. Nak kata indah khabar dari rupa dan teruk macam kes viral dulu, memang tak la. Rasanya dah banyak improvement yang management diorang buat. Yela, theme park baru buka. Mana operation nak smooth lagi. Tunggu 2-3 bulan baru seronok.
Cuma, in future.. mungkin ada few aspect yang masih boleh diperbaiki demi memberi keselesaan kepada orang ramai. Misalnya:
- Bilangan kaunter bayaran di cafe boleh ditambah (sekarang ada satu je, kesian orang kena queue panjang).
- Locker, seorang je yang ditugaskan untuk menjaga kaunter locker dan yang seorang itu juga lah yang dipertanggungjawabkan untuk handle problem (macam kes aku, locker problem. Pintu tak boleh dibuka. Terpaksa buka secara manual menggunakan kunci).
- Mesin ATM tak ada. Worst case kalau orang terlupa nak standby duit lebih, memang haru lah jawabnya. Once you enter the theme park, korang hanya boleh keluar masa nak balik je. Korang tak dibenarkan keluar masuk 3-4 kali. Hohoho.
p s: Kitorang 3 beranak main air sampai kecut-kecut jari. 5 jam dalam taman tema, sampai tak sedar diri kena sun burn. Balik rumah, berdiri depan cermin.. Baru perasan tangan, leher, hidung.. semua dah berjalur-jalur. Silap pula tak bawa sun block. Hahaha.
hahaha bab surn burn memang tak perasan masa tgh main
Balik rumah tgk…alahai… berubah warna jadi zebra
Habis kulit gebu ai. Hahaha
wah bestnya. nak jugak pergi rasanya..huhuhu jeles tengok gambar kseronokan korang.. Tak payah gi jauh dekat Bangi je lepas ni kalau nak bawa family mandi theme park..
Memang dekat pun. 15 minit pun tak sampai. Tu pun bawak kereta slow je. Hehe
5 jam? Perghhh sakan betoi enjoy hehehe
bestnya, tak sabar nk bwk anak² ke sini. harga tiket pun berpatutan.
Wah!!! Bang.. Lain kali bawa saya sekali.. ahahhaah
Okay bang. Nanti ai roger u.
sampai hari ni masih burn. nsb la g korea hr tu sejuk. putih balik. oh maafkan saiya yang poyo psl korea tak abeh2. hahahahaha
Ok. Dah book tiket. Esok nak fly g korea.
so far bagi ai ok jer …duit memang standby lebih sebab dah boleh jangka harga dan tiada atm ….kalau ada pun tak kuasa den nak beratuq ….
Bonde nak repeat lagi… mmg puas hati
yup oke je bangi wonderland ni…yg turun slide tersangkut² mesti attire tak proper and cara sliding pun tak betul…bg aku tpt ni lg best dr waterpark legoland sbb lg byk tpt bebudak boleh main ^_^
Memang best…itulah tengok air laju jer..yg kata tersangkut tu, maybe pakaiannya tak sesuai..
Seronok jumpa geng kbba…enjoy…bangi wonderland mmg hebat…nak pi pun dkt sgt
ok jer tempat ni. harga murah. banyak blh main.. yg penting anak2 enjoy…!
tq for the revie. mmg dah dekat sgt tapi bila dgr mcm2 komen negative terus xjd pergi..
tak gi lagi.
so, tak leh kata berbaloi ke tidak.
haha
Macam berbaloi jer… Boleh pergi ke sana untuk aktiviti percutian keluarga yang seterusnya..
wah..nk share..menarik jgk
waahh best! lepas ni boleh try. rumah pun tak jauh dr sini tp tak pnh lg pegi
wahhh best! boleh try lepas ni. rumah pun tak jauh dari sini, tp tak pernah lg cuba
bestnya main air. hahaah betul gak tu .. kena ada atm baru best.. sebab tkut tk ckup duit.. apelagi yang baru first time pi..memang tk tau nak membajet
Bestnya.. Lama gila x g water themepark mcm nie.
Last pegi dekat Gambang beberapa tahun lepas haha