in

Berbaloi Ke Guna Airbnb?


Seronoknya bila jadi pengguna Airbnb bukan saja sebab dapat harga homestay cantik-cantik yang murah, tapi ada peluang untuk dapat kredit travel percuma. Bila korang dah signed up, secara automatik akan dapat referral link yang boleh dikongsikan pada kawan-kawan atau saudara-mara.

Macam aku sendiri berkongsikan referral link tu melalui blog je, tak kurang juga bila ada kawan-kawan whatsapp mintak recommend homestay murah yang cun-cun, tanpa segan silu aku bagi je referral link suruh daftar Airbnb.

Buktinya, dapat dah haa beberapa kali travel kredit daripada Airbnb. Travel kredit ni yang seronoknya, bila buat booking nanti korang boleh guna untuk murahkan lagi kos penginapan. Bukan sikit tu.. even puluh-puluh ringgit pun kalau dapat untuk setiap single invitation yang successful, dah boleh jimat beli set barrel KFC. Hohoho.

So, korang kalau ada kelebihan untuk influence kawan-kawan ke.. daftar la Airbnb dan guna je referral link tu untuk dapatkan travel kredit banyak-banyak. Mana tahu satu hari boleh pergi tempat idaman korang dengan harga yang super murah. Yela.. Airbnb bukan dalam Malaysia je, International kot.

By the way, untuk Airbnb ni antara trip percutian yang aku dah pernah pergi adalah ke Legoland. Nak book hotel Legoland, adakalanya harga diluar kemampuan walaupun super seronok (aduh.. rindu nak bercuti kat Legoland Malaysia Resort lagi.. Hoho).

Maka, bila bajet tengah tak banyak.. homestay adalah pilihan aku. Dan berhampiran dengan Legoland, seriously ada banyak homestay cantik yang ditawarkan menerusi Airbnb.

Antaranya, Okish Edge. Aku ada share review homestay ni kat sini – Pengalaman Bermalam Di Okish Edge Ketika Bercuti Di Legoland

Nampak tak ada referral credit. Diskaun RM80.76 tu guna travel credit. Hehehe

Dan adakalanya aku gunakan juga Airbnb ni waktu nak balik kampung wife. Ada kenduri-kendara ke, bila rumah mak mertua penuh.. boleh cari homestay sebagai alternatif untuk bermalam. Pun dapat diskaun gak lepas guna travel kredit. Huu.

p.s: Untuk orang Islam yang skeptikal sikit bab pilih-pilih rumah homestay, aku ada share jugak tips camne nak pilih dan tempah rumah Airbnb dengan harga murah dan bersesuaian dengan cita rasa korang.

Note: Kalau ada yang berminat nak guna Airbnb, jangan lupa daftar guna link aku okay -> Daftar Airbnb

Note 2: Tahukah korang sekiranya rumah korang juga boleh menjana side dengan menjadi host di Airbnb? Kiranya orang nak sewa rumah sebagai homestay, ataupun sewa bilik harian pun boleh. Bagusnya lah kan Airbnb. Rujuk sini untuk detail – Cara nak jadi host di Airbnb.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge