in

Berbaloi Ke Belajar SEO? Ini Jawapan Aku


SEO.. Tak susah.

SEO.. Tak membosankan.

SEO.. Tak bazirkan masa.

SEO juga.. Tak perlu modal yang besar.

Dan yang paling seronok, SEO.. mampu memberikan keuntungan dalam jangka masa panjang.

Buktinya..

Tak Sangka Menang Contest SEO Walau Pertama Kali Join
Menang Saguhati Contest SEO : Terima Kasih Minyak Herba Asmak Mujarab

Tahniah.. Tahniah.. Dan sekali lagi tahniah diucapkan kepada beberapa orang rakan alumni MYSynergy Creative yang telah berjaya merasa manisnya berblog melalui ilmu SEO.

  • sohoque.com – pemenang tempat kedua (tenaga pengajar kelas SEO MYSynergy Creative)
  • shiqeensattar.com – pemenang tempat ketiga
  • mamakembartiga.com – pemenang saguhati
  • ninamirza.com – pemenang saguhati
  • saidila.com – pemenang saguhati

Sedikit pelaburan, tapi nikmatnya semanis kurma. Seronok kan?

Ya, seronok.

Lebih seronok apabila pencapaian yang diperolehi mula mendapat perhatian daripada ramai orang.

Memetik mengenai prinsip peribadi aku berkenaan dengan amalan SEO ini..

Kita belajar SEO, untuk bantu orang. Lebih ramai yang kita bantu, makin bertambah murah rezeki kita.

InshaAllah.. Aku percaya, ramai rakan-rakan diluar sana yang bersetuju dengan aku.

Well.. Secara dasarnya, penggunaan SEO dalam sesuatu penulisan ataupun laman web adalah satu perkara yang sangat penting di era modenisasi ini.

Sedar tak sedar, ramai sebenarnya yang bergantung harap pada SEO. Erti kata lain bagi SEO adalah “Google“.

Korang tahu tak berapa ramai pengguna di Malaysia yang menggunakan Google setiap bulan?

Jawapannya – Dianggarkan seramai 12,177,000 orang (Statistik ini adalah untuk pengguna komputer riba pada Mei 2016 – Sumber rujukan, Malaysian Digital Association Julai 2016)

Saban hari mereka-mereka inilah yang akan mencari jalan penyelesaian kepada permasalah mereka.

Maka, disebabkan itu.. kita yang pandai meng-optimumkan penggunaan SEO adalah penyelesai kepada mereka. Daripada penyelesaian masalah ini, barulah kita dapat mencapai apa yang diidamkan. Follower, populariti, database dan yang sudah semestinya juga sumber pendapatan.

Faham? As simple as that.

🙂

Jadi, bila orang tanya penting ke SEO? Berbaloi ke belajar SEO?

Jawapan aku.. YA, sangat penting dan amat berbaloi.

p.s: Minggu ini akan diadakan kelas SEO MYSynergy Creative yang pertama untuk tahun 2017. Limited slot untuk mereka yang berminat untuk belajar SEO cara kami. Berminat? Roger je. Tapi, kami tak janji boleh slot in lagi ke tak. Sebab kami tak fokus pada kuantiti, tapi fokus pada kualiti. 😉


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

14 Comments

Leave a Reply
  1. ramai yg tak paham apa seo sebenarnya… ada yg cakap seo ni jahat. hahahha.. lantak pi la… tak paham or tak nak paham sbb ego or buat2 tak paham… skehati diorg lah… hahahha

  2. Alhamdulillah…berkat tuntut ilmu SEO ngan MYSynergy Creative – rezeki Nina dapat saguhati
    Amat rugi sapa yang ada blog tapi tak nak ambik tahu teknik SEO yang betul….
    tQ cikgu

  3. Memang tak rugi belajar seo. Malah jadi lebih seronok berblog bila faham benda ni. Tambah plak bila belajaq dalam group dgn MYSC, banyak sharing & advise. Thank u cikgu Hafiz & Sohoque!

  4. tq cikgu…cikgu antara salah seorang orang terpenting dalam naiknya blog saidila.com…jasa cikgu , usaha dan kesabaran cikgu amat saya hargai….

  5. Dengan sikit pengetahuan pasal SEO ni la, saya tak perlu nak taip entry baru setiap hari. Cuba kalau guna social media, dah tentu-tentu kena update wall at least sehari tiga kali.

  6. saya tahu makna SEO je..azam baru 2017 juga nk belajar ilmu ni…kalau ada kelas mohon tuan inform saya boleh ke…

Leave a Reply to Hafiz Rahim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *