SEO.. Tak susah.
SEO.. Tak membosankan.
SEO.. Tak bazirkan masa.
SEO juga.. Tak perlu modal yang besar.
Dan yang paling seronok, SEO.. mampu memberikan keuntungan dalam jangka masa panjang.
Buktinya..
Tahniah.. Tahniah.. Dan sekali lagi tahniah diucapkan kepada beberapa orang rakan alumni MYSynergy Creative yang telah berjaya merasa manisnya berblog melalui ilmu SEO.
- sohoque.com – pemenang tempat kedua (tenaga pengajar kelas SEO MYSynergy Creative)
- shiqeensattar.com – pemenang tempat ketiga
- mamakembartiga.com – pemenang saguhati
- ninamirza.com – pemenang saguhati
- saidila.com – pemenang saguhati
Sedikit pelaburan, tapi nikmatnya semanis kurma. Seronok kan?
Ya, seronok.
Lebih seronok apabila pencapaian yang diperolehi mula mendapat perhatian daripada ramai orang.
Memetik mengenai prinsip peribadi aku berkenaan dengan amalan SEO ini..
Kita belajar SEO, untuk bantu orang. Lebih ramai yang kita bantu, makin bertambah murah rezeki kita.
InshaAllah.. Aku percaya, ramai rakan-rakan diluar sana yang bersetuju dengan aku.
Well.. Secara dasarnya, penggunaan SEO dalam sesuatu penulisan ataupun laman web adalah satu perkara yang sangat penting di era modenisasi ini.
Sedar tak sedar, ramai sebenarnya yang bergantung harap pada SEO. Erti kata lain bagi SEO adalah “Google“.
Korang tahu tak berapa ramai pengguna di Malaysia yang menggunakan Google setiap bulan?
Jawapannya – Dianggarkan seramai 12,177,000 orang (Statistik ini adalah untuk pengguna komputer riba pada Mei 2016 – Sumber rujukan, Malaysian Digital Association Julai 2016)
Saban hari mereka-mereka inilah yang akan mencari jalan penyelesaian kepada permasalah mereka.
Maka, disebabkan itu.. kita yang pandai meng-optimumkan penggunaan SEO adalah penyelesai kepada mereka. Daripada penyelesaian masalah ini, barulah kita dapat mencapai apa yang diidamkan. Follower, populariti, database dan yang sudah semestinya juga sumber pendapatan.
Faham? As simple as that.
🙂
Jadi, bila orang tanya penting ke SEO? Berbaloi ke belajar SEO?
Jawapan aku.. YA, sangat penting dan amat berbaloi.
p.s: Minggu ini akan diadakan kelas SEO MYSynergy Creative yang pertama untuk tahun 2017. Limited slot untuk mereka yang berminat untuk belajar SEO cara kami. Berminat? Roger je. Tapi, kami tak janji boleh slot in lagi ke tak. Sebab kami tak fokus pada kuantiti, tapi fokus pada kualiti. 😉
ramai yg tak paham apa seo sebenarnya… ada yg cakap seo ni jahat. hahahha.. lantak pi la… tak paham or tak nak paham sbb ego or buat2 tak paham… skehati diorg lah… hahahha
seo mampu bantu diri untuk jadi lebih semangat berblogging..y not kan? tahniah kpd yang menang. moga saya dapat improve lagi skill menulis dan juga seo. hehe
Alhamdulillah…berkat tuntut ilmu SEO ngan MYSynergy Creative – rezeki Nina dapat saguhati
Amat rugi sapa yang ada blog tapi tak nak ambik tahu teknik SEO yang betul….
tQ cikgu
Memang tak rugi belajar seo. Malah jadi lebih seronok berblog bila faham benda ni. Tambah plak bila belajaq dalam group dgn MYSC, banyak sharing & advise. Thank u cikgu Hafiz & Sohoque!
tq cikgu…cikgu antara salah seorang orang terpenting dalam naiknya blog saidila.com…jasa cikgu , usaha dan kesabaran cikgu amat saya hargai….
wah…. berbaloi.. walaupun tidaklah pandai mana.. namun ILMU itu membuat kita tahu apa itu SEO
Bagus perkongsian ilmu SEO mmg ptg dgn blog…julia selalu belajar lihat keywords yg sebetulnya…apatah lagi tajuk
Memang bebaloi belajar SEO.
ilmu seo sikit sangat dan masih cuba nak pelajari 🙂
Terbaik dan tahniah setiap usaha dengan berbekalkan ilmu yang betul pasti ada hasilnya
Dengan sikit pengetahuan pasal SEO ni la, saya tak perlu nak taip entry baru setiap hari. Cuba kalau guna social media, dah tentu-tentu kena update wall at least sehari tiga kali.
abam kacak ni power lah..ohoho..nampak siggy abam kat footer.hehee
saya tahu makna SEO je..azam baru 2017 juga nk belajar ilmu ni…kalau ada kelas mohon tuan inform saya boleh ke…
Boleh je. Whatsapp saya 0162124714. Kalau ada kelas dalam masa terdekat, saya pm terus je nanti.