Tak ada benda lain dalam dunia ini yang mampu menggembirakan hati seorang ibu dan ayah melainkan melihat perkembangan positif anak-anak yang mereka kasihi setiap hari.
Hari demi hari, minit demi minit, saat demi saat, bagi anak kecil.. pasti akan ada benda-benda baru yang akan mereka terokai.
Dan pagi ini..
Aku menerima satu mesej WhatsApp daripada puan isteri.
Tengok ni teacher sent pic boboi.. Ibu terharu..
Gambar mula dimuat turun..
…
…
Jujur aku katakan..
Jauh di sudut kecil hati aku, terasa sangat terharu apabila Khair mula pandai menulis huruf-huruf di buku sekolah.
Walaupun tulisannya agak tidak teratur, tapi dari situ aku boleh nampak perkembangan yang positif dalam dirinya.
Alhamdulillah. Dah besar anak aku. Sekejap je kan masa berlalu. 🙂
p/s: Rasa berbaloi sangat dapat hantar dia masuk pra sekolah. Sekarang, bukan setakat dia dah mula pandai menulis, tetapi juga pandai menyanyi lagu-lagu tadika, baca doa, baca buku, solat.. dan yang paling best, dia dah mula boleh control diri dia bila ternampak kedai mainan. Hahaha.
Haha..comel sangat tu pencil grip dia..sikit masa lagi, nanti matured la cara pencil grip tu.
Besar dah khair..jadi anak yang soleh ye
Memang sangat berbaloi bila lihat perkembangan anak kat sekolah sangat memberangsangkan, betul kan?
HAaa… kann.. ko akan impress tiap kali ade benda baru yg ank ko terokai… aku pun mcm tu laa.. die pndai baca doa, pndai itu ini… rasa kagum lak… hahaha…