Berapa Lama Macbook Anda Telah Dihidupkan?

Wah.. agak teruja aku sebenarnya kerana baru terjumpa satu fungsi terbina dalam Macbook Air baru-baru ini.

Uptime, command yang perlu dimasukkan kedalam terminal sekiranya anda ingin menyemak berapa lama laptop anda telah di-ON kan.

Bagi yang masih blur-blur untuk run terminal;

Spotlight Search Macbook

Pergi ke Spotlight Search (icon search dibahagian atas kanan) taip “terminal” kemudian akan keluar satu program yang membenarkan anda menaip apa sahaja command didalamnya. Masukkan command,

uptime

Arahan ini akan menunjukkan laporan ringkas mengenai uptime sistem Macbook anda dengan memaparkan tempoh berapa lama Macbook anda telah dihidupkan. Sebagai contoh, paparan yang dikeluarkan adalah seperti berikut:

Uptime Macbook Air

Last login: Sat Apr 11 04:16:18 on ttys000
Hafizs-MacBook-Air:~ hafizrahim$ uptime
4:16 up 1:57, 2 users, load averages: 1.27 1.32 1.26

Untuk contoh yang diberikan ini, Macbook Air aku telah di-ON kan selama 1 jam 57 minit dari tempoh terakhir ia di-OFF kan.

Mudah, senang dan menarik kan?

p/s: Lebih menarik lagi apabila laporan yang dikeluarkan itu memberitahu aku, penurunan 11% bateri (daripada 100% kepada 89%) mengambil masa kira-kira 1 jam 57 minit. Satu tempoh yang cukup lama bagi mereka yang tertanya-tanya mengenai penggunaan bateri Macbook Air. Jimat ooo.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

7 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *