Beli Tab Murah

Akhirnya, terpaksa akur dengan karenah Khair. Semalam pergi The Mines beli satu tab murah untuk dia, supaya tak mengganggu gadget orang lain.

Tab android murah

Kalau tak beli.. hmm, alamatnya sampai kesudah lah smartfon wife jadi mangsa. Nak pinjam hantar sms pun dia tak nak bagi.

Bila dah beli, apa lagi.. Happy bukan main. Ada satu video mengeja tu, berpuluh-puluh kali dia mainkan. Sampai nak tidur pun kena sorokkan tab tu dulu.

Khair dengan tab

Tab murah tahan tak?

Hmm.. So far, dah pakai untuk beberapa hari ni nampak masih lagi okay.

Alaa.. Khair, apa je lah dia boleh buat pun melainkan tengok video semata-mata. Game aku tak install, internet connection pun tak ada.

Cuma bila dia pakai tab tu, aku berharap lah kan jangan lah rosak dalam masa yang terdekat. Kalau nak rosak pun biarlah lepas 6 atau 7 bulan ataupun lebih.

Yelah, Khair ni kan jenis yang suka baling barang. Aku risau kalau dia dah bosan nanti, dia baling je tab tu macam Samsung S3 wife aku. Dah banyak kali kena dah.

Nasib baik tahan lasak je. Kalau lah tak tahan lasak, mesti tiap-tiap bulan kena tukar fon baru. Hohoho.

Khair

p/s: Tak sangka sebenarnya ada orang jual tab sebegini murah.

 Terbaru! Baca tweet-tweet femes di channel Telegram @tweetfemes

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

13 Comments

Leave a Reply
  1. kat tempat saya takder yang murah macam ni..kalau ada nak jugak sebijik…anak pun sama gak, suka sangat main hp saya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shell FuelSave Challenge 2014 Grand Finale

Panduan Dan Contoh Soalan Exam PTD 2016