in ,

Beli Steam Iron Di Lazada Malaysia


Mudahnya sekarang. Semua dihujung jari. Tekan mouse beberapa kali, masukkan butir-butir peribadi kemudian barang yang dipesan akan dihantar terus ke rumah. Hohoho.

Buktinya..Dua hari lepas, barangan yang aku pesan telah pun sampai.

steam iron lazada
Barang dibungkus kemas

Pembelian pertamaku secara online melalui laman web terkemuka Lazada.com.my. Steam iron keluaran Morgan. Dah terlalu lama barang ini menjadi idaman isteri aku, sejak mula-mula kahwin dahulu. Katanya, kalau ada steam iron ini dapatlah ia membantu memudahkan rutin seharian untuk menggosok baju-baju kerja. Lenguh tangan kalau gosok guna iron besar. Berat.

Alahai..kesian. Bila itu dijadikan alasan si isteri..So, siapa yang tak sayang bini kan. Belikan saja lah.

Lazada_steam_iron

morgan_steam iron
Sebelum dipasang
morgan steam iron
Tadaaa..Setelah dipasang

Dan sebenarnya kalau ditanya pula kenapa aku membuat pembelian secara online di Lazada.com.my..terdapat beberapa sebab.

Yang pertama, kerana aku rasakan laman web Lazada.com.my ini menarik. Tidak serabut dan mesra pengguna. Mudah untuk aku mencari apa jua barangan yang ingin dibeli. First impression is everything kan, kalau ada online shop lain yang tidak mesra pengguna..jangan haraplah aku nak jenguk lagi.

Lazada

Kedua, dari segi harga barangan yang dijual. Sebagai contoh untuk steam iron sendiri, pelbagai pilihan jenama yang ditawarkan dengan harga yang menarik kepada pembeli. Jadi, bila dah banyak pilihan yang ditawarkan..mudahlah kepada pembeli seperti aku untuk memilih barangan mana yang sesuai dengan ketebalan poket masing-masing. Kalau setakat semuanya jual barang mahal, aku kadang-kadang tak mampu juga.

Ketiga, transaksi jual belinya mudah kerana terdapat beberapa jenis sistem pembayaran yang disediakan. Selain daripada online banking, kredit kad dan juga COD (Cash On Delivery)..PayPal juga adalah salah satu daripadanya. Dalam kes aku, aku lebih prefer COD. Maksudnya, bila barang dihantar kerumah..aku akan check dulu keadaan barangan yang dibeli. Jika semuanya kelihatan okay..Zasss, terus bayar on the spot.

Dan yang terakhir, servis penghantaran barangan yang cepat dan sistematik. Ini penting kerana aku bukan jenis orang yang suka menunggu lama. Melalui Lazada.com.my, barangan yang dibeli sampai ke rumah dalam tempoh dua hari bekerja..not bad. Dalam rekod tertulis 3 hari, jadi dah advance dan untung satu hari. Part ini memang aku suka sangat.

lazada_steam iron

Jadi, kesimpulannya..Aku memang berpuas hati dengan servis yang diberikan oleh Lazada Malaysia. Terbaik. Tidak mustahil dimasa akan datang, aku akan berbelanja lagi disana. Terima kasih Lazada Malaysia. Personal rating – 4.5 out of 5.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

26 Comments

Leave a Reply
  1. Samalah. Aku pun beli model yang sama dari Lazada. First time beli jugak. Jumaat minggu lepas sampai kat rumah, bayar COD

  2. aku duk riki brand tefal, tak tau la bila boleh beli. la ni duk pakai yg free dapat time menang olahraga maksak aritu…haha

  3. Tak berani tak try beli dgn Lazada. Penah baca review kurang menarik pasal Lazada. Tapi kalau boleh COD memang best la. Selagi barang tak sampai, tak perlu bayar.

  4. salam, nak tanya. morgan ni ada bagi press brush untuk tajamkan side lengan or seluar slack x? benda tu macam boleh kepit hujung2 bucu

  5. Maaf En.hafiz sy nk tye…sy pon ada beli oron mcm nie dri lazada, tp bile nk gune asyik keluar air la…En.hafiz pye mcm mne? knpe yek keluar air?
    plz help….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *