in ,

Beli Soundproof (Acoustic Foam) Piano Dari Lovelyteik


Ceritanya beberapa minggu lepas aku dah belikan sebuah piano untuk Khair kan. Jadi bila dah ada piano tu kat rumah, memang boleh nampak la dia happy sebab hari-hari bila balik sekolah dah boleh main piano sesuka hati. Tak perlu lagi nak kena tunggu hari yang ada kelas je baru dapat sentuh piano. Ada piano kat rumah, anytime dia boleh main.

Tapi.. dalam keseronokan tu ada juga satu perkara yang membuatkan aku risau, bilamana piano itu ketika dimainkan.. bunyi yang dihasilkan agak kuat. Walaupun secara fizikalnya piano model Kawai KS1 ni ada center padel yang boleh mengurangkan bunyi gema. Tapi jujurnya bila Khair practice waktu malam, aku takut bunyi-bunyian tu mengganggu jiran tengah berisirehat ke apa kan. Kang tak pasal-pasal disebabkan benda-benda gini terjadinya punca aku dan jiran bermasam muka. Huhuhu.

Maka disebabkan nak elak masalah sebegini berlaku, baru-baru ini aku pun ajak lah wife pergi cari soundproof foam. Benda alah ni kalau korang nak tahu sebenarnya, sejenis span khusus yang bertindak sebagai penebat bunyi. Dan sekiranya kalau korang pernah masuk studio jamming ataupun bilik-bilik karaoke, dinding-dinding berkusyen atau ber”span” tu, itulah salah satu daripada jenis soundproof yang selalu digunapakai.

Dan mengikut logik yang sama dalam situasi aku pula, dengan penggunaan soundproof foam ini dah tentu akan sedikit sebanyak membantu menyerap bunyi dan mengurangkan gema yang dihasilkan oleh piano sekaligus mengurangkan bunyi bising kan. Cuma keberkesanannya pengurangan bunyi tu bergantung pada jenis, posisi dan pemasangan soundproof itu diletakkan.

Pencarian demi pencarian dilakukan dengan bantuan Google, akhirnya pada hujung minggu lepas dapat juga aku beli sekeping egg crate acoustic foam yang besar untuk dimuatkan dibelakang piano Khair, yang mana dari segi harganya juga agak berpatutan.

Egg crate acoustic foam warna hitam.. dibeli daripada Lovelyteik. Lokasi kedai Lovelyteik ni adalah di Kajang, kalau kira jarak.. kira dekat lah dengan rumah aku. So instead of aku order online (diorang ada website sendiri) yang memakan masa sebab nak kena tunggu courier datang hantar, aku decide untuk pergi beli terus je daripada kedai mereka.

Tapi kalau korang nak beli online jugak, Lovelyteik ni ada je kat Shopee.

Official store diorang – Lovelyteik Shopee
Manakala kalau korang nak beli acoustic foam sama macam aku, ni link produk direct – Acousticfoam daripada Lovelyteik

Bagusnya di Lovelyteik ni, untuk egg crate acoustic foam, mereka menjualnya dengan pelbagai ukuran saiz dan harga yang dijual adalah serendah RM16 sekeping. Ada beberapa pilihan warna disediakan iaitu hitam, kelabu dan merah jambu (pink). Tapi diantara warna-warna ini, warna pink agak unik dan lebih menarik kerana ia mempunyai kelebihan kalis api (Fire Retardant.. tak terbakar la maksudnya). So, kalau korang yang mencari soundproof yang kalis api.. aku sarankan korang boleh dapatkan egg crate acoustic foam jenis fire retardant ni di Lovelyteik.

By the way selain korang boleh membeli egg crate acoustic foam secara “helaian” yang boleh digulung balik ke rumah, sebenarnya kalau korang memerlukan egg crate acoustic foam yang mempunyai bingkai kayu pun boleh je. Untuk jenis ni difahamkan lebih sesuai dibeli oleh mereka yang memerlukan panel sound proof yang boleh berubah kedudukannya. Kiranya, panel board sound proof jenis ini boleh ditolak kesana-sini macam white board tu la. Letak ikut kesesuaian korang, tak perlu la nak lekatkan egg crate acoustic foam secara kekal di dinding. Gitewww.

Okay cerita sikit tentang kelebihan menggunakan egg crate acoustic foam berbanding jenis soundproof yang lain, antara sebabnya adalah ia mudah DIY. Contoh macam yang aku beli satu keping besar tu, korang boleh potong kecil-kecil untuk disesuaikan pada dinding. Dan kelebihannya yang lain juga termasuklah:

  • mampu mengurangkan echo sehingga 99%.
  • kos efektif dan mudah dipasang.
  • permukaan yang bersih
  • tidak mengeluarkan habuk.
  • lembut dan tidak merbahaya.

Kalau korang nak tahu, selain menawarkan pelbagai jenis penebat bunyi, Lovelyteik juga ada menjual pelbagai jenis kayu wainscoting. Kayu-kayu wainscoting ini difahamkan diperbuat daripada kilangnya sendiri dan sering dibekalkan kepada kedai-kedai penyedia interior design dan sebagainya, jadi melalui penjualan di Lovelyteik ini mungkin korang boleh mendapatkan wainscoting dengan harga yang murah berbanding kedai-kedai lain.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai soundproof, wainscoting dan bermacam-macam lagi produk mereka, korang boleh layari laman web rasmi mereka di www.lovelyteik.co.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

One Comment

Leave a Reply
  1. Wah… Bagus Hafiz!
    Memang penting span kalis bunyi ni, dulu payah jumpa. Yalah mana ada google masa ai kecik. Kedainya pun jauh dan mahal dulu. So selamba main bebila masa ikut suka. HAhaa.. Nasib baik jiran suka siap call request lagu. Hehee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *