Beli Shawl Emma Maembong Dengan Harga Murah

Sekali pandang lawa pulak shawl Emma Maembong. Dari jauh seakan kain batik. Warna soft, corak cantik. Gadis-gadis pakai, serius nampak ayu sungguh!

Pada mulanya aku ingatkan jenama shawl My Sketchbook Shawl ni macam shawl brand-brand lain yang memang datang dari kilang lambak. Tapi bila terbaca beberapa perkongsian artikel daripada rakan-rakan blogger, rupa-rupanya lukisan diatas shawl tersebut adalah lukisan tangan oleh Emma Maembong.

Pehh.. eksklusif weh. Gifted gak dia ni kan. Dah la pandai berlakon, melukis pun cantik. Bila lukisan dihasilkan, hasil lukisan tu pulak di print kan atas shawl. Kemudian jual. Genius! Otak bisnes. Hohoho.

By the way, alang-alang sembang pasal My Sketchbook Shawl by Emma Maembong ni, aku nak share satu lubuk online yang mana korang sebagai penggemar shawl boleh beli shawl ni dengan harga yang lebih murah daripada harga pasaran.

Yakni melalui MoorahStore.com. Tak caya? Haa.. korang pergi jenguk laman web tu sekarang. Harga yang ditawarkan kat laman web ini so far antara yang paling murah aku jumpa. Contoh – untuk Shawl Fatamorgana, yang mana harga asalnya adalah RM89, tapi korang boleh dapatkannya dengan harga RM85.

Manakala untuk Bawal Fatamorgana pulak, harga asal RM99 tapi korang boleh dapat beli dengan harga RM95. See?.. jimat tak?

Walaupun satu helai korang boleh jimat RM4, tapi kalau korang beli banyak helai lagi lah jimat beringgit-ringgit. Huhuhu. Pendek kata, berbaloi-baloi. So, malas nak cakap banyak.. aku dah share lubuk murah kira dah cukup untung. Kalau korang grab peluang nak beli shawl kat sini memang saja sangat la kan.

p.s: Shawl Emma Maembong, produk laku keras okay. Kalau korang asyik bertangguh memang korang saja nak berputih mata la tu. Bukan setakat shawl, tudung bawal dia pun selling fast gak. Dah kata pun edisi terhad. Tak gitu?

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

5 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *