in

Journey Beli Rumah Kedua – Yes! Dah Dapat Kunci Rumah


Selepas bertahun menunggu, akhirnya siap jugak rumah kedua.. Bukan rumah aku, tapi rumah ni wife yang punya. Aku hanya tukang bayar saja. Hahaha.

Rumah pertama kitorang dulu beli rumah teres secara subsale, so untuk rumah kedua ni teringin pulak nak beli rumah yang undercon dan tinggi-tinggi. SOHO unit kat Canopy Hill, Kajang 2.

Secara jujurnya proses nak beli rumah undercon ni tak ada lah rumit sangat pun. Bermula dengan pergi showroom untuk tengok pelan dan rumah contoh.. bila berkenan terus bayar deposit & submit dokumen untuk apply loan.

Bila loan dah lulus, tunggu rumah siap je la. Sambil-sambil menunggu kena bayar progressive interest.. lepas 2 tahun lebih gitu termasuk tempoh extend sebab PKP, baru lah rumah siap.

Bila rumah dah siap, kena tunggu pulak surat daripada developer yang memaklumkan bahawa rumah dah dalam VP (vacant position).

Maksudnya bila dah rumah dah bertukar status ke VP, owner dah boleh get ready untuk set appointment collect kunci. Cumanya sebelum boleh tetapkan tarikh appointment tu, kena tunggu pihak bank release final payment kepada pihak developer. Kalau payment dah clear, terus boleh berurusan dengan handover team untuk tetapkan hari pengambilan kunci.

Actually final payment tu pun, bukannya betul-betul final.. cuma baki daripada 95% jumlah pinjaman. Sebabnya, lagi 5% pihak lawyer akan hold, untuk memastikan pihak developer repair segala defect yang dilaporkan pemilik rumah. Once rumah dah okay cantik semua, baru 5% akan dibayar kepada pihak developer.

Macam kes aku, last week adalah hari yang ditunggu-tunggu untuk ambil kunci. Masing-masing aku dan wife dah apply cuti siap-siap sebab excited kan nak ambik kunci rumah. Hahaha

Dapat je kunci, wakil pihak pengurusan terus bawak tour untuk lihat fasiliti bangunan yang disediakan.

Semua owner rumah paling excited ni la.. kolam! hahaha
Kolam kanak-kanak
Gym

Dan yang paling happy bila dapat tengok, dah tentulah unit rumah sendiri kan. Well, rumah baru kan. Kosong je la.

Lampu tak ada, kipas tak ada. Nak expect apa kan. Tapi ni pun dah cukup mengujakan aku dan wife. Balik je dari ambik kunci, mulut masing-masing tak lepas daripada bercerita tentang planning untuk deco rumah.

Tapi ye la kan.. long journey lagi nak siap ni. Sebab lepas dapat kunci, nak kena buat inspection dulu. Lepas tu repair defect. Kemudian baru dapat deco pasang kitchen cabinet, katil, rak tv bagai. Rasa-rasanya makan masa lagi satu dua bulan kot. Sama-sama lah doakan dipermudahkan urusan aku ya.

Kadang rasa berdebar gak bila ada news pasal ekonomi negara tak stabil. OPR pun dah berapa kali naik, dan bakal dinaikkan lagi. Confirm-confirm monthly payment pun akan meningkat. Hohoho.

By the way, planning rumah ni untuk dijadikan homestay. Sambil-sambil kalau ada masa kosong, jadi weekend staycation. Tengok la macam mana. Kalau tak jadi homestay pun, buat sewa je. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *