in

Beli Pasu Murah Di Ipoh


Baru-baru ni aku pergi la ke Ipoh kan, atas urusan kerja. Tapi dalam masa yang sama aku bawa juga family kecil aku ni bercuti di Lost World of Tambun. Kasi release tension sikit, main air puas-puas sambil tengok haiwan-haiwan liar.

Well.. bercerita tentang Ipoh ni, actually banyak je tempat menarik lain untuk kita pergi dan salah satunya kalau korang penggemar untuk bercucuk tanam.. kat Ipoh ni lah boleh dikatakan syurga untuk korang beli pasu bunga dengan harga yang murah.

Murah tu bukan seringgit dua.. tapi berganda-ganda murahnya. Nak tahu kenapa pasu kat sini murah? Sebab kat sini ada kilang buat pasu bunga. Maka disebabkan itu juga, adalah kedai-kedai yang akan jual pasu reject.

By the way kalau korang tanya aku pun pasu reject tu macam mana.. bagi aku pasu tu tak ada lah cacat mana pun. Dari jauh bila tengok pasu reject tu macam pasu bunga biasa yang orang jual je.

Berkemungkinan dipanggil pasu reject dan dijual murah mungkin sebab ada crack sikit ke, berlekuk sikit ke.. takpun corak lari daripada pattern asal.

Nampak reject tak? Tak kan

Ahh majoriti bagi pembeli semua tu tak penting pun. Malah aku tanya mak aku sendiri yang boleh dikategorikan pekebun bunga tegar ni pun, katanya tak kisah kalau beli pasu reject sekali pun.. yang tu lebih bagus. Sebabnya kualiti pasu reject setanding dengan pasu biasa. Malah menguntungkan kerana harganya jauh lebih murah daripada pasu yang sempurna.

Yang bercorak, tak bercorak.. sama je harga.

Korang bayangkan la eh, pasu besar untuk tanam pokok pinang yang setinggi 1 kaki dan ber-diameter 15 inci tu kalau kat Ipoh ni dijual dengan harga RM5.50. Tapi kalau kat Bangi.. mak aku kata harganya RM20 lebih. Wuii.. Beza oo. Hahaha.

So, aku sarankan kalau korang gemar bercucuk tanam.. boronglah pasu banyak-banyak kat Ipoh ni ye. Lokasi dia kalau korang nak senang cari, google je Jalan Kuala Kangsar. Actually ada beberapa kedai kat area tu. Tapi yang aku pergi tempoh hari, adalah Happy Pots Enterprise.

Peta lokasinya adalah seperti dibawah.


SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge