in ,

Beli Online Lebih Jimat Dengan PG Mall


Permintaan terhadap penjualan secara online semakin hari semakin meningkat, ini kerana perkhidmatan sebegini menyediakan kemudahan kepada pembeli untuk membeli barang-barang yang diinginkan dengan tawaran harga yang lebih murah dan mudah. Disebabkan permintaan yang tinggi ini, laman e-commerce mula wujud bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Akan tetapi satu laman web ciptaan anak tempatan yang menjadi platform e-commerce no.1 di Malaysia adalah www.pgmall.my.

Secara rasminya PG Mall ini telah ditubuhkan pada tahun 2017. Tetapi berbeza dengan platform e-commerce yang lain, PG Mall mempunyai keunikannya yang tersendiri dimana ia mengetengahkan konsep “consumerchant“, iaitu model perniagaan perkongsian untung diantara pengguna dan pembeli.

Tidak mengira sama ada seseorang itu muda ataupun tua, konsep ini menjadi tarikan bukan sahaja kerana ia memberikan keuntungan kepada pihak penjual, malah dalam masa yang sama turut menguntungkan pembeli juga melalui tawaran peluang kepada pembeli untuk turut sama menjana pendapatan – menerusi program memperkenalkan peniaga @ merchant kepada PG Mall dan pendaftaran pembeli baru melalui pautan refferal. Justeru itu disebabkan faktor ini juga ia mempengaruhi kedudukan PG Mall sebagai top 3 didalam laporan yang dikeluarkan oleh laman Iprice.

Sedikit makluman kepada anda yang belum biasa dengan PG Mall ini, antara tarikan lain yang perlu anda ambil perhatian adalah tawaran Hot Day Sales. Dimana tawaran ini dibuka setiap hari melalui 3 slot; iaitu jam 10.00 pagi, 4.00 petang dan juga 9.00 malam.

Setiap daripada harga jualan produk di PG Mall juga dijamin harga yang terendah, ini termasuk tawaran diskaun sehingga 80% setiap hari. Menariknya lagi, sekiranya anda membuat pembelian RM30 dan keatas, anda juga layak untuk menyertai kempen Love you 3,000.

Kempen ini yang akan mengumumkan 33 pemenang bertuah pada setiap 15hb dan 30hb setiap bulan, bakal memenangi sehingga RM3,000 . Sedikit tips buat anda sekiranya ingin menaikkan lagi peluang untuk menang – lebih banyak anda berbelanja di PG Mall, lebih tinggi peluang anda memenangi hadiah tersebut.

Tetapi sekiranya dikatakan anda tiada rezeki untuk dipilih sebagai pemenang, janganlah bersedih. Ini kerana menerusi perbelanjaan anda di PG Mall tadi, anda masih layak untuk menerima sehingga 3.5% cashback. Maksudnya disini, walaupun anda tidak menang.. anda masih dapat berbelanja dengan jimat.

Dan kalau anda inginkan tawaran yang lagi menjimatkan, tunggu sehingga tibanya Payweek Bonanza yang akan bermula pada setiap 25hb hingga 5hb yang seterusnya. Ini kerana melalui tawaran Payweek Bonanza, setiap pembelian RM50 keatas (bagi setiap store/penjual yang sama) akan melayakkan anda untuk menikmati penghantaran percuma.

Bagus kan?

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut atau melihat tawaran-tawaran baru yang lebih menarik daripada PG Mall, anda boleh layari laman web PG Mall ataupun di Instagram PGMall.my – www.instagram.com/pgmall.my

So, tunggu apa lagi.. Jom shopping sekarang di www.pgmall.my. Jangan lupa kalau dah suka dengan PG Mall, bagitahu rakan-rakan dan saudara-mara sekali okay. Benda bagus, lebih baik dikongsikan bersama. Betul tak?

#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #HDS #Payweekbonanza #Loveyou3k


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

5 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply to Nadia jjohari Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *