Beli Hard Disk Dapat Thumbdrive


Penemuan yang agak mengejutkan, memarahkan dan melawakkan bila Hafiz terbaca 1 post dalam Lowyat.Net, yang baru je terjadi baru-baru ni tentang penipuan jual beli Hard Disk kat Pameran PC PIKOM.

  1. Mengejutkan : sebab ada lagi yang berani jual barang tipu secara open
  2. Memarahkan : sebab penipuan ni kita tak dapat nak detect awal-awal masa beli
  3. Melawakkan : sebab barang ciplak yang dijual memang simple gila b***. Cuma ada 2 butir skru besar je. Hahaha
Hard disk tipu
hard disk tipu
hard disk tipu

Benda ni kalau nak diikutkan memang dah lama wujud dalam Malaysia ni. Cuma alert tak alert je. Disebabkan nak untung kaw-kaw, vendor supply External Hard Disk ni sanggup modify thumbdrive yang kecik cenonet tu dan letak dalam casing External Hard Disk. Then jual dengan harga mahal. Dah la baru-baru banjir di Thailand, harga External Hard Disk melambung naik. Untung besar diorang.

So, kalau sesiapa yang berhajat nak beli External Hard Disk kat PC Fair tu diharapkan selidik dulu betul-betul. Nak lagi bagus, beli je kat authorized dealer. Mahal sikit tak apa dari kena tipu buta-buta. Nanti sakit hati oo.

Kalo ade antara korang yang dah terkena dan nak report kes penipuan macam ni, boleh la contact PIKOM di 03-7955 2922 supaya diorang boleh trace balik siapa vendor yang jual hard disk tersebut. Supaya di masa akan datang diharapkan takkan ade lagi kejadian macam ini. Untung-untung boleh dapat refund balik.


3 KOMEN

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini